kumpul duit...sila klik!

2012-03-16

JJCM Episod 1

JJCM bukan jalan-jalan cari makan tetapi JALAN-JALAN CUCI MATA. Sebabnya fokus utama program jalan-jalan ni adalah untuk memenuhi undangan perkahwinan.

Ini adalah kali pertama aku ke Kelantan. [kalau orang tahu orang akan cakap, "OMG, ko orang terengganu kan? bukan terengganu sebelah kelantan je ke?"

Jadi aku jawab, "Memangla tapi aku xde chance nak pergi.Tak tahu la."

Pertamanya,
Rancangan JJCM ni melibatkan lima orang peserta (termasuk aku la).

photographer:daiazali
Perjalanan dari UMP bermula pukul 8.35 pagi (lebih kurangla) melalui Lebuhraya Pantai Timur.
Rangka perjalanan:

UMP-SG.ULAR-CHERATING-KEMAMAN-DUNGUN-MARANG-K.TERENGGANU-KOTA BHARU-BACHOK

Perjalanan alhamdulillah, tiada sebarang masalah walaupun hanya menaiki sebuah Kenari berplat DAW****.
Milik Abu (Kelantanese guy). Disebabkan semua tak breakfast lagi (padahal aku dah breakfast susu soya + biskut oat krunch), aku cadangkan kami semua breakfast kat Warung MIZI yang agak femes kat Cherating. Warung MIZI sebelah kiri kalau dari Kuantan, betul-betul lepas selekoh after Sanctuary Resort. Sebab dulu time outstation, selalu makan kat Warung MIZI tu.

Dah nama pun area Cherating memang tak berapa jauh la dari area Gebeng whatsoever. Aku terjumpa pulak senior waktu study dulu. Kak Yaya a.k.a Azliya nama penuh dia. Kak Yaya ni sebenarnya student BKC (pure chemical engineering) dan aku pulak BKB (biotechnology-chemical engineering). Borak-borak dan tegur-tegur salam-salam cium pipi tanya khabar. Normal la gegirl kan. Kak Yaya still kerja kat RWNA Engineering rupanya. Dia pun datang situ untuk breakfast.

Semua ambil makanan dan makannnnnnnnnnnnn.....

Time nak bayar pulak, Fairuz a.k.a Macha pun nak bayar. Tapi cashier cakap kakak baju biru dah bayar. Kami semua pelik. Fairuz lagi pelik so tanay kitaorang, kena bayar kat kakak baju biru mane?

Rupa-rupanya, kakak berbaju biru adalah Kak Yaya. Thats mean Kak Yaya dah belanja kami satu meja. Diorang apa lagi suruh aku kejar Kak Yaya yang dah masuk kereta untuk say 'Thank you'. Kalut jap aku. Sempat jugak say thanks. Alhamdulillah murah rezeki kami pagi tu. Aku doakan Kak Yaya murah rezeki dan dilindungi Allah selalu. Sungguh tak sangka sebab aku kenal Kak Yaya gitu-gitu je.Tak rapat sangat, kenal secara kebetulan sebab coursemate, Nadz sebilik dengan dia.

Perjalanan diteruskan lagi dengan masing-masing perut kenyang sampai la kat Kemaman. Apa yang berlaku di Kemaman???Btw, Kemaman adalah hometown aku.


Nak tahu? 

Akan bersambung pada episod akan datang....... :')

2 comments:

  1. mesti g petik rambutan dan kopek durian dulu kan???? hihi...

    ReplyDelete
  2. kak ida....dokla.mase tu dok musim rambutan & durian...ce teka?hehehe.

    ReplyDelete