kumpul duit...sila klik!

2011-08-17

Ini Kisahku

Assalamualaikum wbt......[xjawab dosa, jawab Sayangggggggggg..hehe]

TAJUK ENTRY MACAM BEST JER!

Sori bangat pada kawan2 blogger(ayat cm besh,cm follower aku juta2 je). Lama sungguh aku x update cerita + memang xpost entry baru.

Actually, banyak giles nak cerita cuma internet cam siput...Jangan cakap nak post entry, nak bukak facebook pun lembab je.Huhu

Rasa macam blog aku ni berhabuk n bersawang betul(name pun laman sesawang). Sejak aku quit from working last april, memang aku xpost entry kat sini la. Aku duk sibuk wat blog sendiri kat my document. Siap 'save' dengan nama 'Blog Topics'.

But dont worry dear frenz....InsyaAllah, nanti aku akan post semua blog topics aku tu kat sini.

p/s:
Saya baru nak follow & stalk balik manusia blogger nih.Btw, ni latest pic of me.hehe

2011-08-01

Tradisi Birthday

Dah lama tak sambut birthday. Dalam keluarga saya takde tradisi sambut birthday so birthday tu macam nothing. Takde makna la. Maybe sebab family saya susah or adik beradik ramai or banyak lagi benda penting selain birthday or whatever the reason are….saya pun tak kisah. Tapi sejak duk hostel, adalah majlis sambut birthday. Biasalah sebab kat hostel kat ada ajk2, ada exco itu ini, ada friendsssss….of cos! Sambut birthday kat hostel tak ikut tarikh, ikut bulan je. So ramai2 pegang pisau potong kek ramai2. Before celebrate birthday, mesti baca doa n nyanyi lagu ‘ Teman Sejati’ sambil genggam tangan kawan2. Sampai nangis2 tapi tetap tak bosan walaupun setiap bulan nyanyi lagu tu. So memorable! So lovely!

After we were moved to new hostel, there’s no more birthday celebration. Yang ada pun celebration dari kawan2. Sadis sangat gaya celebration kawan2 saya. Diorang akan serang kat bilik tepat jam 12am,  kena mandi tepung n macam2 lg. Pastu esok hari tu akan malu besar coz diorang akan buat macam2 ucapan tulis kt mahjong paper n paste kt wall. Ada kena paste kt tangga, kat susur gajah, kat tangki air or paling malu…kt dining hall.

Saya pun 17th birthday, tak kena serang pun dengan bedak & sos tapi…..diorang paste mahjong paper a.k.a giant birthday card tu kat tangki air & dining hall. Meriah sangat mahjong paper tu coz diorang tampal & hias macam2 siap guna plastik jajang. So both students aspura & aspuri tau hari tu birthday saya. Malu sangat, seriously! Tambah hot, setiap pagi before we go to class, we need to assemble. Dengarla senior bercakap sepatah dua kata. Saya pun ada jugak bagi sepatah dua ratus kata sebab saya time tu jadi Exco Akademik Aspuri. So kena bebel gak pasal study2 nih. Biasa selepas berkata2, kami ramai2 akan berzikir selama 10 minit sebelum bersurai. On my day, diorang siap leh nyanyi wish birthday! Saya terus terduduk sebab semua students aspura duk aim saya. MALU! Beg sekolah letak kat tepi tangki air n time nak ambil beg tu, kawan saya Ain cakap ada orang nak jumpa. Pelik jugak siapa nak jumpa saya pagi2. Rupanya ketua dorm budi aspura, Apih. Tau dia nak jumpa buat apa? He said ‘ Selamat Hari Lahir Kak Dayah’ and left after that. Mengada betul siap perli2!