kumpul duit...sila klik!

2011-03-30

HIJAU itu Sunnah!

Salam semua,

Betulkah hijau tu sunnah??? Bukan hijau tu tapi suka warna hijau yang sunnah.....sebab Rasul kita, Nabi Muhammad SAW suka warna hijau. Jadi, sila lah suka warna hijau juga.

Lagipun,

ex-lappy background ni...masa 3rd year.
Bila suka warna hijau....dapat pahala...bila tengok ke'hijau'an, mata pun jadi sihat.

Maka,

PETUA ORANG TUA

-Untuk menyihatkan mata, bangun di waktu pagi (of course la as practical muslimah kena bangun pagi untuk solat subuh).....buka pintu or tingkap, tengok/memandang apa yang berwarna HIJAU khususnya pokok,padang bola etc.

-Jika diamalkan selalu, insyaALLAH..mata anda akan jadi hijau...eh salah! Jadi SIHAT la..hehe

Macam-macam lagi hijau....nak tengok? Sila tengok ye...ni lah ke'hijau'an di sekitar rumah saya.

Selamat meng'HIJAU'...(macammana nak 'pronoun' ni?)
pokok sireh...rebus n ambil air buat antiseptik untuk perempuan

daun pandan....ramas ambil air sapu pada rambut,xyah pakai pantene lg!

sedap dimakan, biji buah ni ada nilai komersial untuk anti breast cancer...daun leh  buat pewangi rambut.

pokok inai..selain pakai kt jari leh rebus ambil air buat basuh muka untuk ibu sedang berpantang.confirm berseri.

daun kesum...letak dalam asam pedas jela yang saya tau~


daun keladi...sila jgn jadi cam daun keladi bila dicurahkan air ye!

pokok pisang-getah leh wat ubat luka.hehe.pedih sikit la


pokok betik beribu khasiat...xcukup space nak tulis petua

pokok cili...wat cili mulut celupar..hahaha.siapa makan dia rasa pedas!


pokok salak-sedapnye buah dia....pokok dia xsedap banyak duri.

kelapa yang berjuta khasiat~kena wat 1 entry khas!

anak kangkung~makan kangkung mentah penawar racun

anak sawi----leh jual bila dia besar

limau nipis....tambah kicap wat ubat batuk

ubi kayu~rebus sampai empuk.makan dengan air kopi kaw time musim hujan sekarang ni


pokok malinjau----sedap xtahu cmne nk citer

ni buah malinjau muda

pokok berduri-duri aka durian

lengkuas letak dalam masak singgang

serai wat titik bakar satay


daun limau purut wat paprik


ini pokok belimbing buluh~

buah belimbing buluh-sedap dblend buat jus(jus slimkan badan)



limau kasturi~buat air sirap limau sedap gak nih!

pineapple~lambat eh leh makan!

pokok nenas xberbuah lg~


pokok cempedak didalam pagar diluar rumah


pokok rambai tapi xberbuah!

pokok ceri wat peneduh halaman^^


pokok kucing bermata...eh salah!

pokok mata kucing laaa^^,

pokok laili...salah lg,laici lah!

buah berambut aka pokok rambutan 

pokok jambu-ambil daun sumbat dalam hidung berdarah...confirm bleeding will stop!


Dahla....habis semua keHIJAUan....lainkali saya buat entry pasal keBIRUan pulak...hehe


(!_!) BYE2 

No comments:

Post a Comment