kumpul duit...sila klik!

2012-05-16

muhasabah diri

salam guys!

selamat hari guru. topik hari ni adalah muhasabah diri.

1) bersyukur dengan apa yang ada.
walau rupa tak cantik, gigi buruk, muka berjerawat atleast kamu masih celik dan tak buta. boleh bercakap dan tak bisu.

2) duit tu penting.tapi jangan jadi hamba duit.
tolong sedar kamu bertuah sungguh sebab dapat grs/scholarship. ramai lagi yang tak dapat dan berhempas pulas untuk hidup.

3) hargai kawan-kawan & keluarga.
ce pandang kiri kanan tengok ramai lagi kot orang yang lonely.mak ayah semua dah takde. tak pun ramai je orang yang ada kawan yang jahat lagi merosakkan. kamu bertuah!

4) berjuang untuk agama.
bila masa diri kamu akan sempurna?just be yourself dan guna ilmu yang kamu ada untuk ajak orang lain ke arah kebaikan.

5) manfaatkan peluang!
ingat senang ke dapat peluang sambung belajar ni. tak kisah la lab panas atau sejuk, sv sayang lebih ke sayang sikit ke.tolonglah kamu jadi rajin untuk habiskan belajar dan berjasa pada manusia lain + makhluk Allah juga.

6) jangan perasan lebih.
kamu fikir kamu cukup baik? fikir dan renung amalan kamu.ingat bila mati nanti confirm terus masuk syurga?jangan pandang rendah orang lain. jangan judge orang sebab pakaian dia, cara dia bercakap or kawan-kawan dia. kamu fikir kamu cukup bagus?semua orang suka & sayang kamu? kamu je yang betul?

7) dia bukan milik kamu. apa-apa aja.
suami ke,anak ke, ibu ke, sugarglider ke...semuanya milik Allah. kamu fikir kamu sedih sebab itu semua hilang?memang pun. tapi kamu tidak perlu sedih sangat sebab semuanya bukan milik kamu tapi milik Allah.
jadi kenapa sedih bila kehilangan sedangkan kamu tidak pernah memiliki?

8) sayangi semua!
kamu tak suka tikus? ular? katak?
tu tanda kamu tidak menghargai ciptaan Allah. sebab Allah tidak pernah berkehendakkan yang buruk untuk hamba-hambaNya.

9) ada hikmahnya.
sedih sebab tidak dapat apa yang kamu inginkan? kamu beri pisau pada budak kecik 1tahun jika mereka minta?sudah tentu tidak! kenapa? berbahaya? begitu juga dengan Allah. Allah knows better! Dia akan bagi pada masanya. insyaAllah cuma bila? cepat atau lambat.yakinlah pada Dia.


p/s:
9 muhasabah ni ditulis pada pukul 3.19pagi disebabkan saya tak dapat tidur pada malam ni. mohon ampun jika bahasa yang digunakan tidak sesuai. sila manfaatkan apa yang baik.

tolong doakan untuk saya. yang baik-baik pastinya. dan semoga kamu juga mendapat kebaikan.

aku cintakan kamu kerana Allah.

sekian :)

2 comments:

  1. @Ida Mohd Ali

    mungkin sebab rasa diri ni useless je lately ni..
    :(

    ReplyDelete