kumpul duit...sila klik!

2011-05-28

Hikmah Cermat

Saya tak suka orang cermat-cerewet, apatah lagi cermat duit. Biasalah orang tua-tua cermat duit. Tapi saya tak kisah pun sebab harta dia so biarla. Mungkin tu penat lelah dia berusaha untuk kumpul harta so dia berhak la jadi cermat duit. No offense sebab saya taknak burukkan orang atau burukkan keadaan. Cerita pasal cermat duit tu mukadimah je. 180 darjah berbeza, bak saya pulak sebaliknya. Pasal duit saya rasa bak tak berkira sangat dengan anak2. Mungkin dibesarkan dengan pengalaman yang tak berapa best, bak selalu bagi duit kat anak dia. Takde la bagi macam air mengalir dari paip. Berpada-pada okey.

Kami adik beradik berjumlah 13 orang ni semua pernah jadi petani. Kalau ada yang tak mengaku memang tipu, seriously. Sejak sekolah rendah kot g kebun. Semua kena pergi kebun sebab kalau tak tolong bak g kebun, siapa nak tolong bak wat kebun. Tapi pergi buat kerja yang simple je macam tanam pokok, semai biji benih, siram n kutip buah. Buah n sayur yang pernah ditanam: tene (petola), terung pipit, terung panjang n terung bulat, lada besar, kacang panjang n kacang botol, timun cina n timun batang, kangkung, limau nipis, duku, durian, rambutan, dokon, mempelam, pokok2 ulam.

Biasanya kami akan pergi ke kebun pada waktu petang. Kalau weekend, pergi pagi la. Selalu jugak malas n merungut tapi itulah the way of life time tu. Sekarang ni bila terkenang2 rasa rindu sangat. Bak tak pernah tak bagi upah kalau tolong dia kat kebun. Seorang bak bagi range RM2-10 sehari ikut kepada umur n kerja yang dibuat. Dulu masa saya darjah 2, saya dapat upah RM2/day sebab tolong isi dalam plastik n angkut. Masa sekolah menengah/university dapat RM10/day sebab tolong kutip buah lada besar. Luas kebun lada time tu adalah dalam ½ ekar. Kami pergi 6 orang camtu. Masa tu sehari kutip dapat lebih kurang 100kg lada. Sekilo harga tak tentu, time tu RM6/kg. So dapatla RM600 sehari. Kaya sekejap.

Saya duk hostel sebab saya nak duk hostel, padahal bas dari sekolah ke rumah ade 3 buah. Bas Sekolah Pok Awi yang saya naik  sebelum duk hostel, Bas Pok Din n Bas MHI. Rumah pun lebih kurang 4 batu je dari sekolah tapi sebab bilangan adik beradik yang 13 tu kot faktor saya dapat duk hostel sampai form 5. Masa form 2, asrama buat lawatan ke UTM & Cameron Highland. Almost student dapat pergi termasuk saya. Saya keluarkan duit biasiswa untuk belanja pergi sana. Dari form 1-5 saya dapat Biasiswa Kecil Persekutuan(BKP) RM600 annually. Tapi hari nak pergi tu duit saya tinggal RM50 je. Saya telefon rumah 2-3 kali petang tu sebab nak cakap dengan ma pastu cerita duit tinggal sikit je.HAHA. Malam tu, bak datang dengan adik saya bagi duit RM50 siap pesanan ‘jangan boros sangat belanja’. Saya tak beli apa pun selain strawberi (manis tapi jadi masam sebab perubahan suhu) untuk bawak balik ke rumah. Masa lawatan pengawas ke UKM n Putrajaya tahun 2004 (masa saya form 5), baru saya belikan pasu n labu sayong untuk ma & sehelai kemeja untuk bak.

Masa saya dapat sambung belajar ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS), bak bagi saya duit. Saya ingat pergi Bank Simpanan Nasional, bak keluarkan RM2k. Bak bagi kat saya RM1k untuk bayar yuran RM570 pastu balance duit untuk belanja. RM1k lagi bak punya la. Saya hidup kat KMNS dengan duit tu + duit dari Yayasan Terengganu RM500 + elaun dari Bahagian Matrikulasi RM1k/sem + balance duit BKP. Yang pasti masa sem 2 (last sem), duit saya short maybe sebab boros sangat bila pergi Seremban. Time tu Kak Jah bank in RM200 n Kak Za bank in RM200. Okla bila saya berjaya habiskan program tu dengan PNGK 3 something.

Sekarang, saya dah bekerja dengan gaji ok jugak boleh hidup tapi sebab hidup asyik boros duit kadang2 short jugak so duit untuk ma kadang2 banyak kekadang sikit. Yang penting, jangan lupa mak ayah kita n terima diri mereka dengan hati yang terbuka. Duit walau berjuta pun tak mampu balas jasa mereka lahirkan & besarkan kita di dunia ni. Kekadang bukan duit yang mereka inginkan namun kasih-sayang, ingatan & doa kita yang lebih mereka perlukan. Memetik kata-kata bak, ‘selalu la sedekah bacaan yaasin & doa untuk bak. Sedekah & doa ni bukan nak tunggu bila bak dah takde baru nak buat. Masa bak masih hidup ni pun boleh buat’. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa ma & arwah bak dan mengasihani mereka berdua sebagaimana mereka mengasihani n menyayangi saya semasa saya kecil hingga dewasa. Ameen Ya Rabbal Alamin.

Footnote:
Kak Za adalah kakak ke4,merupakan anak ke6. Digelar ‘anak emas bak’ walaupun 100% berfenotip Ma. Merupakan seorang guru biologi.

2011-04-28

Garang vs. Baikhati

Yang garang itu sebenarnya bak saya, yang baik hati pulak mestilah ma saya. Sebenarnya bak tak lah garang sangat. Garang2 comel je. Saya pun tak tahu kenapa saya cakap macam tu sebab kalau jadi ayah memang kena garang kan. Lebih2 lagi kalau anak2 nakal dan banyak ragam semuanya. Pastu mak pulak mesti kena baik hati sebab semua mak biasanya ada sifat keibuan.Haha. Cari lagi apa bukti bak garang tapi ingat 2 kes ni je. Garang ke kalau situasi gini?

Kisah 1:
1)        Saya masa tu darjah 4. Saya rasa guru kelas saya garang sangat time tu. Nama dia Cikgu Roslina Aziz(kalau tak silapla,lupa dah). Saya bukanlah student yang pandai sgt tp nak kate bodoh tu lg la x. Of cos la saya rajin jgk g sekolah tapi ada 1 hari tu, saya malas then saya ponteng. Lebih kurang pukul 10 pg, bak balik dari pasar. Masa tu bak sihat n muda lg…umur 51 tahun. Cmne bak leh tau saya xg sekolah,saya pun xtau. Yang bestnye, saya pura2 tido dalam bilik. Pastu kena libas dgn tali pinggang dgn bak kt betis. Sungguh sakit n buat saya insaf.

Kisah 2:
2)    Cuti semester mesti balik rumah. Suatu petang, bak ajak g darat. Ma, Nua, Da n saya ikut. Malangnya saya kena drive (masa tu xde lesen lagi). Darat kt kampung kubang pangang. Masa on the way pergi ok je pemanduan saya, tapi masa balik kena reverse. So, kena reverse jauh sikit la cos saya kn amatur. Terpaksa masuk kebun sawit cina Ah Hin. Saya tak pandai reverse, sangat xconfident. Masa tu dah maghrib, bak pun mula ajar dalam marah2. Rasa nak nangis time tu…seriously! Then saya mengalah. Saya turun dari kereta, saya cakap “Da, bawak kereta sekarang”. Da pun reverse dengan baiknya then drive sampai ke rumah. Saya senyap je sepanjang malam tu. Esok kot baru ok. Bak nk pujuk?Terima kasih jela.

Kisah baik hati ma. Ma seorang yang pendiam. Kekadang saya pun tak pasti nk describe cmne. Ma bukan pemarah apalagi membebel. Ma jenis yang cool n steady. Sometimes, ma sensitif jugak. Sikap ma yang terbaik adalah seorang wartawan yang berkaliber. Every single story yang dicerita oleh kami adik beradik akan sampai pada bak. Biasanya xmiss pun, maybe ma & bak memang ‘tiada rahsia’ antara mereka. Tapi tu la, semua kalau pasal meeting PIBG, duit yuran, duit nk beli buku…semua minta pada ma. Padahal esok pagi, bak yang kasi. Biasa kena jawab dulu satu dua soalan dari bak. Ma tak pernah abai tanggungjawab jadi ibu. Ma selalu masak untuk kami sekeluarga. Kami jarang sangat keluar makan. Kalau riadah pun, piknik kt darat je. Darat tu nama Bukit Tepati. Mesti bawa bekalan makanan. Bukan piknik pun sebab pergi sana kutip lada hitam. Ma selalu jadi assistant paada bak. Bak g darat, ma kt rumah uruskan rumahtangga. Bagi saya, masakan ma sangat sedap. Jahatnya saya, saya selalu n akan komen masakan makcik2 saya sebab saya rasa macam tak sedap sangat berbanding masakan ma. Dulu, masa kami kecil lagi, ma yang jahit baju tapi sejak kak jah jadi tukang jahit, ma dah xjahit n care hal ehwal pakaian kami lagi. Kami semua ma yang ajar mengaji sebab semua adik beradik takut nak mengaji dengan bak. Bak bekeng sangat, salah sebut 1 huruf kena tengking sampai rasa nak terkencing. Ada kot antara kami yang terkencing belajar mengaji dengan bak.HAHA. Tapi bukan saya la…saya siap khatam mengaji dengan bak.

Footnote:
Bak adalah arwah ayah. Ma adalah mak saya.
Da adalah adik perempuan saya, anak ke 11 dalam keluarga. Kak Jah adalah kakak ke2.
Ah Hin tu saya xtau nama sebenar. Ah Hin ni kawan bak. Dia selalu bagi limau n kuih time CNY.
Darat nama lainnya adalah kebun. Bahasa pasar dalam keluarga.