kumpul duit...sila klik!

2013-01-01

wishing a HNY

HNY~ happy new year 2013

selamat tahun baru 2013 kepada semua orang. macam-macam yang berlaku di tahun 2012. mana yang baik tu dikenang, yang tak berapa baik tu disimpan. yela untuk dijadikan kenangan & teladan.

seperti biasa, azam tahun baru masihi kali ni ada 3 je. je tu yang tak tahan.

1: menghabiskan master yang semakin menghimpit DUE DATE

2: menjadi isteri solehah kepada seorang SUAMI

3: menunaikan UMRAH bersama ibu tercinta

hehe. eh, ada 1 lagi.

4: mendapatkan sebuah kereta untuk diri sendiri

sebenarnya azam no.2 tu dah lama due date nya tapi aku asyik renew je. [macam desperate je nak kahwin] tapi sebenarnya aku nak kahwin sebab aku nak menaikkan darjat aku disisi Allah. aduh, ayat macam sasterawan pulak. bukan apa, aku tengok most of them (kawan-kawan) aku yang dah kahwin ni, hidup diorang lebih bermotivasi, bermatlamat & ada hala tuju yang jelas. so haruslah aku jealous dengan mereka. lagipun, bukan ke ibadat harian orang yang kahwin ni pahalanya berganda2 lagi disisi Allah. tambah pulak, kalau umur sekarang dah lewat, macammana pulak aku nak mendapatkan anak yang ramai & damai? ye dop?

dah-dahla melalut. semoga Allah memberkati hidup & redha. matlamat hidup kan mencari & mendapatkan redha Allah.

# aku rasa tajuk kat atas tu lagi sesuai kalau aku tulis "wishing to be a WIFE" kan. ye ke tidak???


^^daiayangalwayscomel^^

2 comments: