kumpul duit...sila klik!

2011-12-23

Selepas satu bulan...

Assalamualaikum guys;

Sedar tak sedar dah sebulan berlalu [refer to last entry]. Rasa masa terlalu cepat masa berlalu. Macam-macam peristiwa yang berlaku. Rutin harian yang berubah begitu jugak dengan keadaan dunia di sekeliling aku.

Dalam masa sebulan ni; apa yang aku buat ye?

* Bertungkus lumus siapkan review paper tetapi sampai sekarang tak siap-siap lagi.
* Bekerja sehingga lewat malam untuk dapatkan biofuel sehinggakan dengan roomate pun bertegur sepatah dua.
* Baca dan baca lagi journal semua cerdik pandai untuk buat literature reviews.
* Check dan update mana-mana tempat yang boleh bagi duit.
* Makan di Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur.[Thanks Abg Najib & Kak As coz belanja]
* Tunggu claim yang tak masuk-masuk lagi.
* Teman kakak service kereta dan shopping handbag. Dari brand Hilly yang harga RM700++ sampai la entah apa brand yang harga RM60++.
* Makan kat Restoran Ayam Penyet. Minum Hazelnut Coffee sampai sakit kepala dan tak boleh tidur 1 malam.[Thanks Kak Za & Adikku Jannah]
* Dapat berita sedih dari seorang sahabat. Semoga roh ibunya ditempatkan bersama roh-roh para syuhada. Berharap dia tabah dalam menghadapi ujian daripada Allah. Al-Fatihah.
* Dah 2 minggu tak jumpa Dr.Justin sebab beliau sibuk dengan bengkel CFD.
* Turn untuk bagi tazkirah kat ahli-ahli group. Alhamdulillah, semoga kita sama-sama jadi solehah.
* Beli Skin Therapy Oil untuk bersihkan kulit daripada sebarang scars. [Palmer's Cocoa Butter Formula sebab murah RM8 compare to Bio Oil]
* Cancel dating dengan Adik Da kat KL sebab nak save budget walaupun dia dah offer nak belanja.
* Tau Anis(bakal anak buah) score 7A 1B dalam PMR 2011. Tahniah! sayang betul subjek pend.islam dia dapat B. Nak bagi hadiah apa ya???
* Siapkan tugasan group. Pening kepala nak cari design untuk buat bookmarks.

and last one,

2nd anniversary with my future husband. [Semoga kami berdua dipercepatkan jodoh, dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmat Allah selalu]. Memang tak celebrate pun, just communicate guna YM or Skype je coz dia masih berada di offshore. Semoga dia sihat, selamat dan bekerja dengan rajinnya. Ameen.



I'm still alive,
daiazali
what're u waiting for???



No comments:

Post a Comment