kumpul duit...sila klik!

Showing posts with label Hitamputih Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Hitamputih Kehidupan. Show all posts

2012-12-30

mom's chicken rice~

kita masak nasi ayam secara haram kat bilik hostel. walaupun masak secara haram tetapi nasi ayam tetap halalan toyyiba.hehe

#gambar takde sebab ralit sangat masak + bila siap tu terus makan. by the way, betul ke orang cakap kalau selalu masak nasi last (lauk pauk siap dulu) nanti adik kita kahwin dulu??

kita masak nasi ayam sedap sangat ada:
# ayam goreng kicap
#nasi perisa ayam
#sambal kicap + sos merah 
#set sayur = salad+tomato+timun
#sup ayam siap ada carrot

over tak? padahal masak untuk makan bertiga ke. idah, lia & saya sebab roommates lain semua balik bercuti. malam pun dinner dengan nasi ayam tu. rajin kan?

**lia cakap nanti jom kita masak time semua roommates ada pastu g picnic kat mana-mana. wooha..mesti BEST GILER semua confirm happening!

the more the merrier^^


2012-12-28

Luthfi_Part 1

Luthfi termenung. Hatinya gelisah dan seolah dia tiada semangat untuk hidup. Kadang-kadang dia terfikir, apalah dosa yang dibuatnya siang hari tadi. Malam makin sunyi namun mata tetap tidak mahu lena. Kenangan semalam bermain lagi difikiran.

"Mama, Luth bukan nak ingkar cakap mama tapi Luth tak bersedia lagi nak pikul amanah ini", dia bersuara. 

Namun, mama masih tetap dengan keputusan untuk mewariskan syarikat milik arwah papanya itu. Dia bukan mahu lari daripada tanggungjawab tetapi ini bukan masanya. Kesibukan dia sebagai pelajar akhir tahun dalam jurusan kejuruteraan memang benar-benar membuatkan dia merasa tidak mampu. Belum difikir tentang projek sarjana muda dan 'plant design' lagi.

Sejak arwah papa pergi meninggalkan mereka buat selamanya, mama mengambil alih urusan syarikat papa. Dan dia sebagai anak sulung sudah terlanjur berjanji akan membantu mama. Adik perempuannya, Amnah masih bersekolah menengah itu memang tidak boleh diharapkan untuk membantu mama.

AKAN BERSAMBUNG...

# actually i wanna edit my article paper that need to be published in a journal. the due date is on 1jan2013 & i need to get aproval from my sv by tomorrow. but, still dont know why i end up with this entry. i just get bored with some formats & author guidelines. oh my, i'm tired of this-kind-of-work. thinking of writing 'cerpen' is just like 'kacang soya' compare to write such an academia paper. sometimes, feel like i chose the wrong path. motive?

oh mama!

oh mama.....saya mahu kahwin!!!!

2012-12-06

freedom friday

dia macam walaupun banyak masa free tapi rasa bersalah bila buat entri baru dan penulisan tesis belum mula lagi.....


xOxo

2012-05-04

kotak misteri

salam kasih & sayang...

lama tak update blog a.k.a diari hati aku ni. rasa rindu pulak. kali ni nak simpan memori tentang kotak misteri.macammana rupa kotak misteri?letak gambar kat bawah...

kotak misteri saya :) handmade tau!
kotak misteri ni saya buat sendiri menggunakan kotak kasut verns. pastu yang mencantikkan kotak ni adalah koyakan-koyakan majalah yang ditampal atau kita panggil kolaj. ye ke?

idea menghasilkan kotak ni saya dapat masa saya ambil kelas 'Public Speaking' dengan Miss Yanie. idea kotak cantik ni dikongsi oleh Nadiah Azizan yang masa tu coursemate saya. saya masa individual presentation tu menghasilkan burung jenjang.

mahu tau apa dalam kotak misteri ni?lihat gambar kat bawah.
apa dalam ni ye?cuba teka kalau pandai. :P
saya dah buka tapi nak wat camne tak nampak apa dalam kotak ni.stay tuned untuk explore apa yang ada dalam kotak misteri saya.

NEXT ENTRY !!!!

2012-03-28

masa kecilku :)

Salam...

Sudah lama nak buat entri nih, tapi ada je halangannya. So, sila lah layan gambar-gambar comel ku dibawah.

[darjah 1]actually aku cam xpasti sangat betul ke aku...hehe
[darjah 2] yang ni aku ingat coz aku yang cun duk sebelah my bestie 4eva, josh

[darjah 3] comel kan aku??

Aku dulu pendiam nak mati masa sekolah rendah. Aku tak pandai, aku biasa-biasa je. Even sekarang ramai tak percaya aku graduated in chemical engineering. Dahsyat kan!

Aku mula jadi periang sikit bila aku start stay at hostel masa form 2. Tapi alhamdulillah semua cikgu-cikgu sekolah aku masih ingat kat aku (maybe sebab yang paling senyap dalam kelas).

Tahun lepas, aku pergi solat terawih kat masjid dalam mukim aku. Terjumpa seorang cikgu ni, nama dia aku ingat lagi Cikgu Khairan binti Khalid. Dia mengajar aku sejak dari darjah 2 kot sampai jadi guru kelas masa darjah 6. Aku memang nak tegur dia masa salam-salam after solat tapi tak sempat tegur, dia dah tegur dulu. Dia cakap, "awak hidayah kan...?" Aku pun jawabla "ye, cikgu" then borak-borak sikit. Bayangkan last aku jumpa cikgu Khairan tu masa tahun 1999, last year 2011. 12 tahun yang lalu, tapi dia boleh lagi ingat aku. Sungguh terharu tahap dewa!

Doaku semoga cikgu-cikgu aku terus berjaya dunia & akhirat. Sihat & panjang umur. Ameen.
Terima kasih CIKGU!!!

2012-03-20

Sopan tak?

Salam semua :)

Baca tajuk pun orang dah boleh dapat agak.Takmahu cerita lebih-lebih....Jom kiter layan gambar.Hehe.

Daku menuang air untuk semua oang :)
Gambar di atas diambil waktu kami ber5 makan pizza di Mesra Mall, Kemaman on the way balik dari Program JJCM. Gambar kat bawah pulak semasa menunggu pengantin sampai kat rumah mak mertua(majlis menyambut menantu) Fahimah di Bandar Jengka.

Sopan bersimpuh kalah pengantin!
Kalau judging daripada dua-dua gambar ini pun dah cukup terserlah kesopanan & ketatasusilaan aku. Cewahhhh!

Namun, hakikatnya aku bukanlah sopan sangat seperti aksi dalam gambar tu. Aku biasa-biasa je. :)

Entri tak serupa entri. Perasan sopan lebih.

p/s:
"Aku rasa menyampah tapi aku nak cakap jugak. Kau memang sopan pun." kata seseorang.

Kata Zul pulak, "dayah ko memang comot tapi walau camtu bagi aku ko charming!"

HAHAHA.poyo!

2012-03-16

JJCM Episod 1

JJCM bukan jalan-jalan cari makan tetapi JALAN-JALAN CUCI MATA. Sebabnya fokus utama program jalan-jalan ni adalah untuk memenuhi undangan perkahwinan.

Ini adalah kali pertama aku ke Kelantan. [kalau orang tahu orang akan cakap, "OMG, ko orang terengganu kan? bukan terengganu sebelah kelantan je ke?"

Jadi aku jawab, "Memangla tapi aku xde chance nak pergi.Tak tahu la."

Pertamanya,
Rancangan JJCM ni melibatkan lima orang peserta (termasuk aku la).

photographer:daiazali
Perjalanan dari UMP bermula pukul 8.35 pagi (lebih kurangla) melalui Lebuhraya Pantai Timur.
Rangka perjalanan:

UMP-SG.ULAR-CHERATING-KEMAMAN-DUNGUN-MARANG-K.TERENGGANU-KOTA BHARU-BACHOK

Perjalanan alhamdulillah, tiada sebarang masalah walaupun hanya menaiki sebuah Kenari berplat DAW****.
Milik Abu (Kelantanese guy). Disebabkan semua tak breakfast lagi (padahal aku dah breakfast susu soya + biskut oat krunch), aku cadangkan kami semua breakfast kat Warung MIZI yang agak femes kat Cherating. Warung MIZI sebelah kiri kalau dari Kuantan, betul-betul lepas selekoh after Sanctuary Resort. Sebab dulu time outstation, selalu makan kat Warung MIZI tu.

Dah nama pun area Cherating memang tak berapa jauh la dari area Gebeng whatsoever. Aku terjumpa pulak senior waktu study dulu. Kak Yaya a.k.a Azliya nama penuh dia. Kak Yaya ni sebenarnya student BKC (pure chemical engineering) dan aku pulak BKB (biotechnology-chemical engineering). Borak-borak dan tegur-tegur salam-salam cium pipi tanya khabar. Normal la gegirl kan. Kak Yaya still kerja kat RWNA Engineering rupanya. Dia pun datang situ untuk breakfast.

Semua ambil makanan dan makannnnnnnnnnnnn.....

Time nak bayar pulak, Fairuz a.k.a Macha pun nak bayar. Tapi cashier cakap kakak baju biru dah bayar. Kami semua pelik. Fairuz lagi pelik so tanay kitaorang, kena bayar kat kakak baju biru mane?

Rupa-rupanya, kakak berbaju biru adalah Kak Yaya. Thats mean Kak Yaya dah belanja kami satu meja. Diorang apa lagi suruh aku kejar Kak Yaya yang dah masuk kereta untuk say 'Thank you'. Kalut jap aku. Sempat jugak say thanks. Alhamdulillah murah rezeki kami pagi tu. Aku doakan Kak Yaya murah rezeki dan dilindungi Allah selalu. Sungguh tak sangka sebab aku kenal Kak Yaya gitu-gitu je.Tak rapat sangat, kenal secara kebetulan sebab coursemate, Nadz sebilik dengan dia.

Perjalanan diteruskan lagi dengan masing-masing perut kenyang sampai la kat Kemaman. Apa yang berlaku di Kemaman???Btw, Kemaman adalah hometown aku.


Nak tahu? 

Akan bersambung pada episod akan datang....... :')

2012-03-02

Motivate yourself??

Lately, I'm in a bad condition. No mood to do exp, no mood to study....Huhu. I have no motivation to do everything. Poor me!

I have no idea to be motivated. Stop it!

It's a bad thing when I thought about my research study, my life, my future and so on. Not just bad mood in doing anythings but I also do not excite to reply my fh's messages,call etc. Feeling so bored!

Even to make it worse, my project's sv,(Dr Justin) came to lab everyday to do spotcheck. Ooo Ya Allah.
Help me.

Tonight, I still cant recover myself...until I google it with "what should i do if no motivation".

Thank google coz u help me a lot. I found a web which entitled as pickthebrain.com telling about HOW TO MOTIVATE YOURSELF.

It said that;

Reasons We Lose Motivation

There are 3 primary reasons we lose motivation.
  1. Lack of confidence – If you don’t believe you can succeed, what’s the point in trying?
  2. Lack of focus – If you don’t know what you want, do you really want anything?
  3. Lack of direction – If you don’t know what to do, how can you be motivated to do it?
ok guys. just read yourself. the link is:

I'm still reading.BYE2

:)
cheers!

2012-02-27

Modest+Style=Modestyle

Modest?

Style?

Sungguh tak confident nak writing in english walaupun baru je siapkan part Methodology untuk proposal evaluation last week. Satu proposal boleh pulak tulis dalam english tapi untuk satu entri dalam blog? Satu pun takde.

Papepun, ape benda MODESTYLE yang direpekkan kat title tu??

Actually baru-baru ni ataupun belakangan ini...[fairuz cakap bukan KEBELAKANGAN tapi BELAKANGAN, ni bahasa melayu betul OK!] aku sibuk sungguh duk berblog-walking n survey2 fashion/style/whatever yang semaksud dengannya.

Dijadikan cerita, masa aku malas2 nak buat eksperimen kat lab aku pun lepak kat library. Walaupun malas bereksperimen tapi aku rajin ke library. Mata aku memang aim terus ke Rak yang berhuruf TP bla2 sebab disitu memang tersimpan harta karun bertajuk "Biofuels & keturunannya".hehehe.

Lepas dah abis cari pasal biofuels what so ever, aku pun pergi la ke bahagian majalah....Seingat aku, aku baca majalah NUR kot. Terjumpa la tentang Sarah Joseph.

Sape kenal Sarah Joseph????Bukan Siti Sarah Raisuddin.

Sarah Joseph ni adalah CEO. CEO ape? Dialah CEO wanita pertama untuk majalah kat UK. Hebat kan..Tambah hebat lagi, She's muslimah. Bukan setakat ceo je tapi juga editor untuk majalah EMEL.
Kata dia, EMEL tu datang dari perkataan...M=Muslim dan L=Lifestyle.So jadi la EMEL. Aku pun tak tahu mana datangnya EE tu.

Camne nak baca majalah ni?Best ke?

Sila layari EMEL Tapi still takleh bace, aku try2 tak dapat bace full story.Boleh baca separuh je. Nak baca lebih kena beli la, langgan ke. 

Harganya?

Tak murah.Mahal. 5 pound je.[time nak guna simbol pound ni tak jumpa pulak...huhuhu]
Lebih kurang RM25+++.Sumpah aku tak beli.

Tapi yang bestnya, disebalik EMEL magazine ni ada "modestyle" iaitu sisipan khas untuk wanita + fashion.
Memang best cuci mata, model cantik & menutup aurat. Memang muslimah style la bukan macam yang pelik2  sangat ala geng2 hijabies tu.[Bagi aku la].Modestyle ni keluar setiap sebulan sekali dengan majalah emel tu. Menarik.Check it out la....:)

Ni link dia:

Aku dah subscribe. Subscribe senang je isi email & country kat website emel tu. Nanti Cik editor cantik, Fatema Zehra tu approve n hantar email balik kat korang. Saja cari idea and cuci2 mata benda best sikit, bosan kot asyik baca biofuels+catalyst je.

p/s:
sharing is caring :)

2012-01-11

Mood :)

Assalamualaikum wbt guys!

Malam ini mood sangat baik.

i love malaysia...peaceV!

Bermula daripada petang, walaupun hujan tetapi sanggup ke Pasar Malam Gambang untuk membeli 1/2 kg ayam segar dan ikan kembung 2 ekor.

Mood OK nak masak, ikan kembung kecil sangat jadi beli ikan selayang 2ekor.

[masa tu dalam kepala]

Ayam - buat ayam masak merah

Ikan - ikan singgang terengganu

Beli pulak asam keping untuk singgang, sebelum ni lupa pakai air asam jawa je. Pastu beli pulak cili besar hijau untuk buat jeruk.(khas untuk makneh Liyana)

Balik, tukar baju terus kentang-kentong siang ikan, ayam dan masak. Makneh Liyana goreng sayur sawi kicap. Berhenti solat maghrib. Siap hidang dan makan.
*puashati masak dan makan air tangan sendiri*

Duduk layan FB, blogwalking pastu buka jurnal......dan apalagi?

Studi lah saya...excited dapat ilmu dari jurnal. Cakap pada Ann, "Rasa nak buat eksperimen sekarang jugak..." HAHAHA

Ann sokong, dia cakap "kalo bace jurnal memang semangat nak buat eksperimen...".

lalalala. sekarang saya sedang pening dengan Hammett Indicator.

Chaiyok2!
Studi kerana Allah Taala.[insyaAllah menjadi ibadat hendaknya.]

p/s:
YM duk menyala2.sape la duk rindu aku tuh.

bye2, see u again. 
:) daiazaliwithlove


2012-01-10

ABC

I have nothing to do...just throw it out.


A - Allah, nothing but Allah.


B - Biofuel or Biodiesel. My end-product.


C - Catalyst. Only catalyst.


D - Dayah. My nickname.


E - Engineering. My course since 2006.


F - Friends. I love them.


G - Google, which is my search engine.


H - Hope. For whatever happens, it is always there.


I - Islam. Of course!


J - Justin. My great supervisor.


K - Knowledge. Important either to success in the world or hereafter.


L - Love. Because I'm loving person.[kidding]


M - Mother. Who always love & support me.


N - Nerd. Sometimes I'm used to be.


O - Obsession. With something I found interesting!


P - Professional. Always try to be like that.


Q - Quran. Our most cited & guidance.


R - Roses. Flower that I love the most.


S - Shahru. My FH's name & the unique one.


T - Trust. Easy to trust anybody. [huhu]


U - University. Where I'm staying.


V - Vase.[only this thing I even thought]


W - Words. All comes from words.


X - XRD a.k.a X-ray Diffraction. Used for compound characterization.


Y - Yahoo! [useful to show my happiness]


Z - Zzzz, I'm sleepy then...




Nite everybody. Love u.




*daiazaliinthehouse*

2012-01-09

24 days to go...

24 days to go???


solvent to be recovered! [yellow in the bottle=mycrudeoil]


Assalamualaikum and nice day....


1st : Please limit your time to 'lay at park' with friends coz time is precious!


2nd : Start your writing right now...[not write about new post!]


3rd : Trigger your brain to study/investigate/create new methods a.k.a novelty of your research.


Last but not least, reading jurnal a lot. Not less than 100 papers.OK!


[ please be informed that proposal defend just around the corner. only 24 days left! Ayokkk! So scary...]




*wish luck to all of you*


 cheers!




made with love,
daiazali

2011-12-23

Selepas satu bulan...

Assalamualaikum guys;

Sedar tak sedar dah sebulan berlalu [refer to last entry]. Rasa masa terlalu cepat masa berlalu. Macam-macam peristiwa yang berlaku. Rutin harian yang berubah begitu jugak dengan keadaan dunia di sekeliling aku.

Dalam masa sebulan ni; apa yang aku buat ye?

* Bertungkus lumus siapkan review paper tetapi sampai sekarang tak siap-siap lagi.
* Bekerja sehingga lewat malam untuk dapatkan biofuel sehinggakan dengan roomate pun bertegur sepatah dua.
* Baca dan baca lagi journal semua cerdik pandai untuk buat literature reviews.
* Check dan update mana-mana tempat yang boleh bagi duit.
* Makan di Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur.[Thanks Abg Najib & Kak As coz belanja]
* Tunggu claim yang tak masuk-masuk lagi.
* Teman kakak service kereta dan shopping handbag. Dari brand Hilly yang harga RM700++ sampai la entah apa brand yang harga RM60++.
* Makan kat Restoran Ayam Penyet. Minum Hazelnut Coffee sampai sakit kepala dan tak boleh tidur 1 malam.[Thanks Kak Za & Adikku Jannah]
* Dapat berita sedih dari seorang sahabat. Semoga roh ibunya ditempatkan bersama roh-roh para syuhada. Berharap dia tabah dalam menghadapi ujian daripada Allah. Al-Fatihah.
* Dah 2 minggu tak jumpa Dr.Justin sebab beliau sibuk dengan bengkel CFD.
* Turn untuk bagi tazkirah kat ahli-ahli group. Alhamdulillah, semoga kita sama-sama jadi solehah.
* Beli Skin Therapy Oil untuk bersihkan kulit daripada sebarang scars. [Palmer's Cocoa Butter Formula sebab murah RM8 compare to Bio Oil]
* Cancel dating dengan Adik Da kat KL sebab nak save budget walaupun dia dah offer nak belanja.
* Tau Anis(bakal anak buah) score 7A 1B dalam PMR 2011. Tahniah! sayang betul subjek pend.islam dia dapat B. Nak bagi hadiah apa ya???
* Siapkan tugasan group. Pening kepala nak cari design untuk buat bookmarks.

and last one,

2nd anniversary with my future husband. [Semoga kami berdua dipercepatkan jodoh, dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmat Allah selalu]. Memang tak celebrate pun, just communicate guna YM or Skype je coz dia masih berada di offshore. Semoga dia sihat, selamat dan bekerja dengan rajinnya. Ameen.



I'm still alive,
daiazali
what're u waiting for???



2011-11-23

2011-11-10

Aduhai

Salam semua :)

Sejak sehari yang lepas, telinga i sakit2 je. Gatal pastu rasa dengung n sumbat je especially time ruku' n sujud masa solat.
Semalam, worse sangat keadaannya. Telinga gatal sampai tak tahu nak buat cmne. Petang tu, i pun makan pil. Pil untuk resdung sebenarnya tapi sebab tak tahan sangat, makan jela.Pastu tidur sampai maghrib.[huhu,bagus anak dara nih!]

Pagi tadi pun telinga buat hal lagi. Gatal2 sampai kat cuping. Puas i duk garu2 dengan cotton bud tapi tetap tak hilang. Lastly, i decide pergi klinik. Join Erin,my roomate yang ada lecture pukul 2ptg td.

Alkisahnya, masa nak turun kereta depan lab tu...hujan pun start turun. Adoyai, time tak bawak payung nilah nak hujan pulak. I pun cepat2 la berlari ke klinik. Cun2 sampai klinik pukul 2. Malangnya klinik tu letak sign "CLOSED". I pun intai2 nampakla nurse sedang tengok tv. Maybe she is waiting until 2pm.It's okla for me. I tak kisah pun nak tunggu minit2 yang tak seberapa tu. Suddenly, a cleaner in the clinic looks at me and tell the nurse to open the door for me.
The sis come to unlock the door and turn the sign to "OPEN". I enter the clinic and sit on a chair.[like waiting working hour to start]. The sis nurse already goes to reg.counter and asking me,"why?". I'm with blurred,looking at her and said, " I think this clinic is not start to service yet". With smile, i register my matric card as compulsory as I'm a new student.Haha.

After for awhile, sis call me back and ask me whether I had came to the clinic or not. So I replied,I'm ex-student here and now futher my master so that my matric card no is changed. So she took my old matric no. Maybe for her records, I think. Huhu, I need to fill up my biodata file and got queue no. to see doc.
[After got some check up which i need to open my hijab...]

I pass the presciption slip to the dispensary counter and wait their reply...After 3 min (i think), I got 4 packets of pills and a bottle of drops solution. The nurse explain about medicine to me. I just thanked them for their good service. When i turn my head to outside....oh NO!

The heavy rains start...huhu.I cant go back to my room and I decided to stay in the clinic. That time, sinetron from Indo 'Putri Yang Ditukar' is showing. Layan jela.

Akmal is buzz to me at YM. She said Erin is waiting for me to go 'pasar malam' together.
That's all.Bye2.

Footnote:
I got medicine namely prolase(papain),pcm,cephalexin,cetirizine and soliwax..huhu.
please pray for me...hope i will get well soon.
Cheers!

2011-11-03

TAK

Salam semua :)


Tak perlu tulis banyak2 sebab takde ramai follower pun.

Tak boleh nak iklan blog dekat FB sebab ramai sangat stalker dalam friendlist.

Tak mahu taip panjang2 sebab review paper +5000 words yang diminta oleh SV pun tak start buat lagi.

Tak nak bebel lebih2 sebab saya sendiri pun tak suka kena bebel.

Tak tahu kenapa saya sangat banyak vitamin M dalam badan.

Tak faham bila orang tak nak fahami kita tetapi dia nak kita fahami dia.

Tak ada mood untuk layan buah hati walaupun peluang untuk dapat phone coverage sangat susah.

Tak pandai urus kewangan dan kawal diri daripada membeli sesuatu yang tidak perlu.


Footnote:
Banyak sangat yang TAK! Tension dengan entry sendiri.


Sekian.

2011-08-01

Tradisi Birthday

Dah lama tak sambut birthday. Dalam keluarga saya takde tradisi sambut birthday so birthday tu macam nothing. Takde makna la. Maybe sebab family saya susah or adik beradik ramai or banyak lagi benda penting selain birthday or whatever the reason are….saya pun tak kisah. Tapi sejak duk hostel, adalah majlis sambut birthday. Biasalah sebab kat hostel kat ada ajk2, ada exco itu ini, ada friendsssss….of cos! Sambut birthday kat hostel tak ikut tarikh, ikut bulan je. So ramai2 pegang pisau potong kek ramai2. Before celebrate birthday, mesti baca doa n nyanyi lagu ‘ Teman Sejati’ sambil genggam tangan kawan2. Sampai nangis2 tapi tetap tak bosan walaupun setiap bulan nyanyi lagu tu. So memorable! So lovely!

After we were moved to new hostel, there’s no more birthday celebration. Yang ada pun celebration dari kawan2. Sadis sangat gaya celebration kawan2 saya. Diorang akan serang kat bilik tepat jam 12am,  kena mandi tepung n macam2 lg. Pastu esok hari tu akan malu besar coz diorang akan buat macam2 ucapan tulis kt mahjong paper n paste kt wall. Ada kena paste kt tangga, kat susur gajah, kat tangki air or paling malu…kt dining hall.

Saya pun 17th birthday, tak kena serang pun dengan bedak & sos tapi…..diorang paste mahjong paper a.k.a giant birthday card tu kat tangki air & dining hall. Meriah sangat mahjong paper tu coz diorang tampal & hias macam2 siap guna plastik jajang. So both students aspura & aspuri tau hari tu birthday saya. Malu sangat, seriously! Tambah hot, setiap pagi before we go to class, we need to assemble. Dengarla senior bercakap sepatah dua kata. Saya pun ada jugak bagi sepatah dua ratus kata sebab saya time tu jadi Exco Akademik Aspuri. So kena bebel gak pasal study2 nih. Biasa selepas berkata2, kami ramai2 akan berzikir selama 10 minit sebelum bersurai. On my day, diorang siap leh nyanyi wish birthday! Saya terus terduduk sebab semua students aspura duk aim saya. MALU! Beg sekolah letak kat tepi tangki air n time nak ambil beg tu, kawan saya Ain cakap ada orang nak jumpa. Pelik jugak siapa nak jumpa saya pagi2. Rupanya ketua dorm budi aspura, Apih. Tau dia nak jumpa buat apa? He said ‘ Selamat Hari Lahir Kak Dayah’ and left after that. Mengada betul siap perli2!

2011-06-14

Dorm Budi

Masa form 2 duk Dorm Melati kejap pastu kena tukar Dorm Dahlia. Masa form 3 kena duk Dorm Tanjung coz register lambat so tak sempat check in Dorm Dahlia with my bestfriends. Form 4 Dorm apa ek? Lupa dah, yang pasti bukan Dorm Anggerik. Melati, Dahlia, Anggerik, Tanjung dan Mawar. Itulah nama dorm asrama puteri di SMK Chukai abad 21 tahun 2000-2003. Comel je nama dorm sempena nama bunga, asrama puteri katakan. Masa tu asrama sangat limited, lebih kurang 200 orang je yang dapat tinggal di asrama. Hanya yang perform in examination & excel in co-curriculum je yang dapat tempat.

Jauh bukan alasan. Masa SMK Sg Baging tak wujud lagi, semua student from SK Cherating study kat SMK Chukai. Diorang semua pergi ke sekolah naik bas, jauh kot! Entah berapa kilometer dari rumah. Saya pulak budak yang mengada-ngada yang menjadikan alasan bilangan adik beradik ramai sebagai sebab untuk tinggal di asrama. Sama je tinggal kat mana-mana, yang penting diri-sendiri. Kalau diri tu dah sedar diri, duk campak kat mana-mana pun rajin belajar n tau berdikari. Tapi sebenarnya, duk kat asrama lagi jimat kot. Sebab sebulan yuran dalam RM28-RM35 je. Tambang bas Pok Awi pun RM30 sebulan. Duit belanja boleh jimat jugak. Masa form 2, studi sesi petang n waktu rehat pukul 4.30 petang cun-cun dengan waktu minum petang kat hostel. So dah jimat belanja harian ke sekolah.

Penyelia asrama & warden garang jugak. Saya n kawan-kawan time tu boleh balik rumah sebulan sekali je. Kalau ada hal apa-apa untuk balik, pergi ketuk pintu rumah warden n jawab sepatah dua baru dapat ‘stamping’ dibenarkan. Dahsyat kan! Outing pulak tiap-tiap hujung minggu boleh outing tapi hari Sabtu je la. Dahla outing pakai batik rasmi takpun uniform sekolah. Kalau nak keluar hari sekolah pun boleh jugak tapi kena ada sebab yang kukuh la. Masa saya form 2, junior form 1KRK (Kelas Rancangan Khas) wajib duk hostel walaupun rumah SMK Chukai je. Diorang NO EXCUSE. Kasihan sangat kat junior. Student KRK ni bertaraf student elit yang result akademik diorang tidak perlu dipertikai lagi. Ada jugak yang asyik nangis setiap hari selepas habis waktu sekolah, ada jugak yang mak ayah tiap-tiap hari hantar makanan. Macam penjara dah lagaknya bagi diorang ni. Tapi bagi aku yang memang sukarela n sukahati duk hostel dah tak rasa apa-apa pun. Best apa time balik umah n nak datang balik, dapat duit dari abang2 ipar yang baikhati.

Bila masuk form 5 tahun 2004, rupanya asrama baru dah siap. Empat tingkat. Lengkap dengan surau & dining hall yang luas. Yang bestnya, blok aspura(asrama putera) dengan blok aspuri(asrama puteri) cuma dipisahkan oleh surau je. So memang kena ‘SILA PASTIKAN PINTU SENTIASA DITUTUP’. Dorm kat asrama baru best sebab pertama, 8 orang je per dorm;kedua, bilik air gunasama lengkap dengan tempat basuh baju kongsi 16 orang je. So takdelah crowded sangat time waktu kemuncak. Nama dorm saya BUDI. Budi Aspuri ada, jadi Budi Aspura pun adalah. Dorm pun bertentangan mengikut nama sempena nilai etika. Ada Budi, Cekap, Aktif etc. Saya dilantik jadi Ketua Dorm Budi Aspuri. Habis tu, siapa ketua Dorm Budi Aspura?

First aktiviti melibatkan dorm aspura & aspuri adalah majlis memasak bubur asyura. Tugas diberi mengikut dorm. So terpaksa la berbincang dengan Ketua Dorm Budi Aspura. Nama beliau, Abdul Hafizuddin bin Sulong or femesnya dikenali sebagai Apih. Berasal dari Kg Kubang Ikan, Cherating. Tingkatan 3Pintar. Pintar=Kelas yang mengambil subjek Bahasa Arab as additional in PMR. Biasanya student dari kelas Pintar ni came from SMA Al-Falah n alim2 sikitla. My junior la ni, baru 15 tahun. Saya time tu dah form 5 ok! Tugas kami membersih, menyental dan mengilatkan 3 buah kawah untuk masak bubur asyura. After event bubur asyura tu adalah lagi macam2 aktiviti seperti Kem Kepimpinan, Sambutan Hari Merdeka, Monthly Meeting etc.

Lagi ceritera tentang Apih or saya panggil dia ‘Adeq Hafiz’. Adeq Hafiz ni actually adik kepada senior saya yang bernama Kak Ain. Dia pun ada abang sebaya saya bersekolah di SMT Kemaman. Bagusnya si Apih ni, dia selalu jugak jadi Imam kat surau. Nak dijadikan cerita, saya punya dormmate bernama Zue sekelas dengan Apih. So, kadang2 ada jugak la tergosip pasal dia. Hei, duk asrama ni memang banyak gossip ke? Masa saya form 5, saya sangat suka makan cloud 9. Pastu koop sekolah memang ada jual tu pun. Asal cikgu takde kt kelas je pergi koop beli Cloud 9. Waktu rehat kan tak sama so takde lah crowded sangat. 1 hari tu, saya turun (kelas saya tingkat 2 atas office pengetua) nak pergi beli cloud 9. Malangnya cloud 9 dah abis. Terjumpa Apih kat situ( kelas dia sebelah koop je), dia ade pegang cloud 9! Saya main-main je minta dengan dia tapi dia sincerely kasi, so saya amik jela n say 10Q. After that, we become a close friend like sister & brother. Always signal chatting with him while both teachers are not around. Nice chatting sebab kelas saya tingkat 2, kelas dia groundfloor bangunan sebelah. Bila terkenang, macam lawak je.