kumpul duit...sila klik!

2011-06-14

Dorm Budi

Masa form 2 duk Dorm Melati kejap pastu kena tukar Dorm Dahlia. Masa form 3 kena duk Dorm Tanjung coz register lambat so tak sempat check in Dorm Dahlia with my bestfriends. Form 4 Dorm apa ek? Lupa dah, yang pasti bukan Dorm Anggerik. Melati, Dahlia, Anggerik, Tanjung dan Mawar. Itulah nama dorm asrama puteri di SMK Chukai abad 21 tahun 2000-2003. Comel je nama dorm sempena nama bunga, asrama puteri katakan. Masa tu asrama sangat limited, lebih kurang 200 orang je yang dapat tinggal di asrama. Hanya yang perform in examination & excel in co-curriculum je yang dapat tempat.

Jauh bukan alasan. Masa SMK Sg Baging tak wujud lagi, semua student from SK Cherating study kat SMK Chukai. Diorang semua pergi ke sekolah naik bas, jauh kot! Entah berapa kilometer dari rumah. Saya pulak budak yang mengada-ngada yang menjadikan alasan bilangan adik beradik ramai sebagai sebab untuk tinggal di asrama. Sama je tinggal kat mana-mana, yang penting diri-sendiri. Kalau diri tu dah sedar diri, duk campak kat mana-mana pun rajin belajar n tau berdikari. Tapi sebenarnya, duk kat asrama lagi jimat kot. Sebab sebulan yuran dalam RM28-RM35 je. Tambang bas Pok Awi pun RM30 sebulan. Duit belanja boleh jimat jugak. Masa form 2, studi sesi petang n waktu rehat pukul 4.30 petang cun-cun dengan waktu minum petang kat hostel. So dah jimat belanja harian ke sekolah.

Penyelia asrama & warden garang jugak. Saya n kawan-kawan time tu boleh balik rumah sebulan sekali je. Kalau ada hal apa-apa untuk balik, pergi ketuk pintu rumah warden n jawab sepatah dua baru dapat ‘stamping’ dibenarkan. Dahsyat kan! Outing pulak tiap-tiap hujung minggu boleh outing tapi hari Sabtu je la. Dahla outing pakai batik rasmi takpun uniform sekolah. Kalau nak keluar hari sekolah pun boleh jugak tapi kena ada sebab yang kukuh la. Masa saya form 2, junior form 1KRK (Kelas Rancangan Khas) wajib duk hostel walaupun rumah SMK Chukai je. Diorang NO EXCUSE. Kasihan sangat kat junior. Student KRK ni bertaraf student elit yang result akademik diorang tidak perlu dipertikai lagi. Ada jugak yang asyik nangis setiap hari selepas habis waktu sekolah, ada jugak yang mak ayah tiap-tiap hari hantar makanan. Macam penjara dah lagaknya bagi diorang ni. Tapi bagi aku yang memang sukarela n sukahati duk hostel dah tak rasa apa-apa pun. Best apa time balik umah n nak datang balik, dapat duit dari abang2 ipar yang baikhati.

Bila masuk form 5 tahun 2004, rupanya asrama baru dah siap. Empat tingkat. Lengkap dengan surau & dining hall yang luas. Yang bestnya, blok aspura(asrama putera) dengan blok aspuri(asrama puteri) cuma dipisahkan oleh surau je. So memang kena ‘SILA PASTIKAN PINTU SENTIASA DITUTUP’. Dorm kat asrama baru best sebab pertama, 8 orang je per dorm;kedua, bilik air gunasama lengkap dengan tempat basuh baju kongsi 16 orang je. So takdelah crowded sangat time waktu kemuncak. Nama dorm saya BUDI. Budi Aspuri ada, jadi Budi Aspura pun adalah. Dorm pun bertentangan mengikut nama sempena nilai etika. Ada Budi, Cekap, Aktif etc. Saya dilantik jadi Ketua Dorm Budi Aspuri. Habis tu, siapa ketua Dorm Budi Aspura?

First aktiviti melibatkan dorm aspura & aspuri adalah majlis memasak bubur asyura. Tugas diberi mengikut dorm. So terpaksa la berbincang dengan Ketua Dorm Budi Aspura. Nama beliau, Abdul Hafizuddin bin Sulong or femesnya dikenali sebagai Apih. Berasal dari Kg Kubang Ikan, Cherating. Tingkatan 3Pintar. Pintar=Kelas yang mengambil subjek Bahasa Arab as additional in PMR. Biasanya student dari kelas Pintar ni came from SMA Al-Falah n alim2 sikitla. My junior la ni, baru 15 tahun. Saya time tu dah form 5 ok! Tugas kami membersih, menyental dan mengilatkan 3 buah kawah untuk masak bubur asyura. After event bubur asyura tu adalah lagi macam2 aktiviti seperti Kem Kepimpinan, Sambutan Hari Merdeka, Monthly Meeting etc.

Lagi ceritera tentang Apih or saya panggil dia ‘Adeq Hafiz’. Adeq Hafiz ni actually adik kepada senior saya yang bernama Kak Ain. Dia pun ada abang sebaya saya bersekolah di SMT Kemaman. Bagusnya si Apih ni, dia selalu jugak jadi Imam kat surau. Nak dijadikan cerita, saya punya dormmate bernama Zue sekelas dengan Apih. So, kadang2 ada jugak la tergosip pasal dia. Hei, duk asrama ni memang banyak gossip ke? Masa saya form 5, saya sangat suka makan cloud 9. Pastu koop sekolah memang ada jual tu pun. Asal cikgu takde kt kelas je pergi koop beli Cloud 9. Waktu rehat kan tak sama so takde lah crowded sangat. 1 hari tu, saya turun (kelas saya tingkat 2 atas office pengetua) nak pergi beli cloud 9. Malangnya cloud 9 dah abis. Terjumpa Apih kat situ( kelas dia sebelah koop je), dia ade pegang cloud 9! Saya main-main je minta dengan dia tapi dia sincerely kasi, so saya amik jela n say 10Q. After that, we become a close friend like sister & brother. Always signal chatting with him while both teachers are not around. Nice chatting sebab kelas saya tingkat 2, kelas dia groundfloor bangunan sebelah. Bila terkenang, macam lawak je.

No comments:

Post a Comment