Salam...
Sudah lama nak buat entri nih, tapi ada je halangannya. So, sila lah layan gambar-gambar comel ku dibawah.
[darjah 1]actually aku cam xpasti sangat betul ke aku...hehe |
[darjah 2] yang ni aku ingat coz aku yang cun duk sebelah my bestie 4eva, josh |
[darjah 3] comel kan aku?? |
Aku dulu pendiam nak mati masa sekolah rendah. Aku tak pandai, aku biasa-biasa je. Even sekarang ramai tak percaya aku graduated in chemical engineering. Dahsyat kan!
Aku mula jadi periang sikit bila aku start stay at hostel masa form 2. Tapi alhamdulillah semua cikgu-cikgu sekolah aku masih ingat kat aku (maybe sebab yang paling senyap dalam kelas).
Tahun lepas, aku pergi solat terawih kat masjid dalam mukim aku. Terjumpa seorang cikgu ni, nama dia aku ingat lagi Cikgu Khairan binti Khalid. Dia mengajar aku sejak dari darjah 2 kot sampai jadi guru kelas masa darjah 6. Aku memang nak tegur dia masa salam-salam after solat tapi tak sempat tegur, dia dah tegur dulu. Dia cakap, "awak hidayah kan...?" Aku pun jawabla "ye, cikgu" then borak-borak sikit. Bayangkan last aku jumpa cikgu Khairan tu masa tahun 1999, last year 2011. 12 tahun yang lalu, tapi dia boleh lagi ingat aku. Sungguh terharu tahap dewa!
Doaku semoga cikgu-cikgu aku terus berjaya dunia & akhirat. Sihat & panjang umur. Ameen.
Terima kasih CIKGU!!!
cm bukan muka kamu jer....:p
ReplyDeleteaha betul tu yang darjah 1 tu betul2 nampak lain la
ReplyDelete