kumpul duit...sila klik!

2012-01-11

Mood :)

Assalamualaikum wbt guys!

Malam ini mood sangat baik.

i love malaysia...peaceV!

Bermula daripada petang, walaupun hujan tetapi sanggup ke Pasar Malam Gambang untuk membeli 1/2 kg ayam segar dan ikan kembung 2 ekor.

Mood OK nak masak, ikan kembung kecil sangat jadi beli ikan selayang 2ekor.

[masa tu dalam kepala]

Ayam - buat ayam masak merah

Ikan - ikan singgang terengganu

Beli pulak asam keping untuk singgang, sebelum ni lupa pakai air asam jawa je. Pastu beli pulak cili besar hijau untuk buat jeruk.(khas untuk makneh Liyana)

Balik, tukar baju terus kentang-kentong siang ikan, ayam dan masak. Makneh Liyana goreng sayur sawi kicap. Berhenti solat maghrib. Siap hidang dan makan.
*puashati masak dan makan air tangan sendiri*

Duduk layan FB, blogwalking pastu buka jurnal......dan apalagi?

Studi lah saya...excited dapat ilmu dari jurnal. Cakap pada Ann, "Rasa nak buat eksperimen sekarang jugak..." HAHAHA

Ann sokong, dia cakap "kalo bace jurnal memang semangat nak buat eksperimen...".

lalalala. sekarang saya sedang pening dengan Hammett Indicator.

Chaiyok2!
Studi kerana Allah Taala.[insyaAllah menjadi ibadat hendaknya.]

p/s:
YM duk menyala2.sape la duk rindu aku tuh.

bye2, see u again. 
:) daiazaliwithlove


2 comments:

  1. i like study kerana Allah.... :)

    ReplyDelete
  2. @Mama Ida,
    Semoga menjadi ibadah. InsyaAllah :)
    Perjalanan kita masih jauh dalam mencari keredhaanNya.

    ReplyDelete