kumpul duit...sila klik!

2012-03-24

rinduku padamu

Awat lah aku tak leh tido malam ni?huhu. Nak kata serangan cikti, dah berakhir semalam. Berbalik pada tajuk, aku rindu sangat kat anak buah aku. Muhammad Aliff namanya. Tapi makcik2 & pakcik2 dia panggil dia Aluh. Nama Aluh tercipta disebabkan oleh masa kecik dia sangat petah bercakap. Kebetulan masa tu, ada iklan nescafe yang berbuih halus tu. Aku lupa pulak sapa yang berlakon dalam iklan tu, yang pastinya dia botak.

Ayat dalam iklan,

"hah...macam ni hah...halusss sangat...," kata pelakon iklan tu sambil gosok kepala botak licin dia.

Aliff suka buat iklan ni kat rumah tokma (panggilan cucu untuk mak aku). Sejak tu, kiteorang semua panggil dia Aluh (sebutan dalam loghat teganu kiter).hehehe.

Ni gambar aku dengan Aluh masa kami sekeluarga piknik kat Pantai Teluk Moknik a.k.a Monica Bay.

aliff yang comel disisiku...love u!
Rindunya mak alang pada aliff. Love u so much.Muah3X.

Semoga membesar menjadi anak yang soleh, berjaya di dunia & di akhirat juga. Ameen :)

No comments:

Post a Comment