kumpul duit...sila klik!

2012-03-28

masa kecilku :)

Salam...

Sudah lama nak buat entri nih, tapi ada je halangannya. So, sila lah layan gambar-gambar comel ku dibawah.

[darjah 1]actually aku cam xpasti sangat betul ke aku...hehe
[darjah 2] yang ni aku ingat coz aku yang cun duk sebelah my bestie 4eva, josh

[darjah 3] comel kan aku??

Aku dulu pendiam nak mati masa sekolah rendah. Aku tak pandai, aku biasa-biasa je. Even sekarang ramai tak percaya aku graduated in chemical engineering. Dahsyat kan!

Aku mula jadi periang sikit bila aku start stay at hostel masa form 2. Tapi alhamdulillah semua cikgu-cikgu sekolah aku masih ingat kat aku (maybe sebab yang paling senyap dalam kelas).

Tahun lepas, aku pergi solat terawih kat masjid dalam mukim aku. Terjumpa seorang cikgu ni, nama dia aku ingat lagi Cikgu Khairan binti Khalid. Dia mengajar aku sejak dari darjah 2 kot sampai jadi guru kelas masa darjah 6. Aku memang nak tegur dia masa salam-salam after solat tapi tak sempat tegur, dia dah tegur dulu. Dia cakap, "awak hidayah kan...?" Aku pun jawabla "ye, cikgu" then borak-borak sikit. Bayangkan last aku jumpa cikgu Khairan tu masa tahun 1999, last year 2011. 12 tahun yang lalu, tapi dia boleh lagi ingat aku. Sungguh terharu tahap dewa!

Doaku semoga cikgu-cikgu aku terus berjaya dunia & akhirat. Sihat & panjang umur. Ameen.
Terima kasih CIKGU!!!

2012-03-25

Jangan Tiru WGM

Salam sayang Malaysia...

Aduhai, Malaysia ni macam-macam kan berlaku....orang kata (bukan aku yang kata). Dulu Erykah Badu punya konsert kena batal last2 minit. Alasan diorang sebab Erykah ni punya tatoo kalimah Allah & Muhammad kat badan dia. [Takpasti tatoo tu ada lagi ke tak sebab tatoo tu dia buat lame dah untuk berlakon filem ape ntah]

Tapi beberapa hari yang lepas, artis dari Korea [Girls Generation] berjaya pulak buat konsert kat KLCC. Macam-macam komen orang kasi, antaranya:

1) Rajin diorang ni, datang untuk buat konsert pukul 5ptg and then pukul 11mlm dah fly back to Korea.
2) Aku suka Girls ni sebab ukhwah diorang sejak dari awal lagi..ukhwah persahabatan dalam group tu la)

bla...bla...kat atas ni contoh je.

So far, aku tak pernah pergi lagi konsert mane-mane artis. Maybe kalau pergi pun if dapat tiket free or ade orang nak sponsor aku. Kalau kuar duit sendiri buat bazir je. [baik aku wat beli makanan xpun sedekah ke dapatla pahala....kan..kunun2]

Eh, intro tak masuk langsung dengan cerita. Back to the real story...pepagi ni bukak tengok news feed from Hilal Asyraf.

copycat dr fb :)
Artis? Macam-macam peel artis sekarang. Ingatkan baju je ala-ala barat, perangai pun dah ikut-ikut sikit. Paling takleh blah kahwin ala-ala barat. Kalau dah Islam+Melayu tu pandai-pandai la bawa diri.
[reminder untuk aku jugak]

Bila baca apa yang Hilal Asyraf tulis, aku terus teringat We Got Married (WGM) Show dari Korea tu. Moment dalam episod berapa entah, Lee Teuk (SuJu a.k.a SuperJunior) propose Kang Sora (actress) after abis konsert secara life depan beribu2 lemon peminat dia. Tapi sapa artis Malaysia yang buat camtu??Aku malas nak cari cuma memikirkan memang betul apa yang Hilal Asyraf tulis.

Tetiba, baca gosip la sikit pagi nih. Toing3. Muncul pulak entri pertama dari Beautifulnara nih.

credit to Abg Nara's blog

oooo..Awal Ashaari rupanya. Apa la artis Malaysia nih, Asyik meniru je. 1Malaysia kot dah tahu diorang bercinta, takyah la nak drama sangat propose2 tu. Ko tu ikutan para remaja, senonoh sikit boleh tak???
Jahat je aku tapi memang patut pun.


Tu je nak story.

Kbai :)
Tu je nak cerita.

2012-03-24

rinduku padamu

Awat lah aku tak leh tido malam ni?huhu. Nak kata serangan cikti, dah berakhir semalam. Berbalik pada tajuk, aku rindu sangat kat anak buah aku. Muhammad Aliff namanya. Tapi makcik2 & pakcik2 dia panggil dia Aluh. Nama Aluh tercipta disebabkan oleh masa kecik dia sangat petah bercakap. Kebetulan masa tu, ada iklan nescafe yang berbuih halus tu. Aku lupa pulak sapa yang berlakon dalam iklan tu, yang pastinya dia botak.

Ayat dalam iklan,

"hah...macam ni hah...halusss sangat...," kata pelakon iklan tu sambil gosok kepala botak licin dia.

Aliff suka buat iklan ni kat rumah tokma (panggilan cucu untuk mak aku). Sejak tu, kiteorang semua panggil dia Aluh (sebutan dalam loghat teganu kiter).hehehe.

Ni gambar aku dengan Aluh masa kami sekeluarga piknik kat Pantai Teluk Moknik a.k.a Monica Bay.

aliff yang comel disisiku...love u!
Rindunya mak alang pada aliff. Love u so much.Muah3X.

Semoga membesar menjadi anak yang soleh, berjaya di dunia & di akhirat juga. Ameen :)

2012-03-20

Sopan tak?

Salam semua :)

Baca tajuk pun orang dah boleh dapat agak.Takmahu cerita lebih-lebih....Jom kiter layan gambar.Hehe.

Daku menuang air untuk semua oang :)
Gambar di atas diambil waktu kami ber5 makan pizza di Mesra Mall, Kemaman on the way balik dari Program JJCM. Gambar kat bawah pulak semasa menunggu pengantin sampai kat rumah mak mertua(majlis menyambut menantu) Fahimah di Bandar Jengka.

Sopan bersimpuh kalah pengantin!
Kalau judging daripada dua-dua gambar ini pun dah cukup terserlah kesopanan & ketatasusilaan aku. Cewahhhh!

Namun, hakikatnya aku bukanlah sopan sangat seperti aksi dalam gambar tu. Aku biasa-biasa je. :)

Entri tak serupa entri. Perasan sopan lebih.

p/s:
"Aku rasa menyampah tapi aku nak cakap jugak. Kau memang sopan pun." kata seseorang.

Kata Zul pulak, "dayah ko memang comot tapi walau camtu bagi aku ko charming!"

HAHAHA.poyo!

2012-03-16

JJCM Episod 1

JJCM bukan jalan-jalan cari makan tetapi JALAN-JALAN CUCI MATA. Sebabnya fokus utama program jalan-jalan ni adalah untuk memenuhi undangan perkahwinan.

Ini adalah kali pertama aku ke Kelantan. [kalau orang tahu orang akan cakap, "OMG, ko orang terengganu kan? bukan terengganu sebelah kelantan je ke?"

Jadi aku jawab, "Memangla tapi aku xde chance nak pergi.Tak tahu la."

Pertamanya,
Rancangan JJCM ni melibatkan lima orang peserta (termasuk aku la).

photographer:daiazali
Perjalanan dari UMP bermula pukul 8.35 pagi (lebih kurangla) melalui Lebuhraya Pantai Timur.
Rangka perjalanan:

UMP-SG.ULAR-CHERATING-KEMAMAN-DUNGUN-MARANG-K.TERENGGANU-KOTA BHARU-BACHOK

Perjalanan alhamdulillah, tiada sebarang masalah walaupun hanya menaiki sebuah Kenari berplat DAW****.
Milik Abu (Kelantanese guy). Disebabkan semua tak breakfast lagi (padahal aku dah breakfast susu soya + biskut oat krunch), aku cadangkan kami semua breakfast kat Warung MIZI yang agak femes kat Cherating. Warung MIZI sebelah kiri kalau dari Kuantan, betul-betul lepas selekoh after Sanctuary Resort. Sebab dulu time outstation, selalu makan kat Warung MIZI tu.

Dah nama pun area Cherating memang tak berapa jauh la dari area Gebeng whatsoever. Aku terjumpa pulak senior waktu study dulu. Kak Yaya a.k.a Azliya nama penuh dia. Kak Yaya ni sebenarnya student BKC (pure chemical engineering) dan aku pulak BKB (biotechnology-chemical engineering). Borak-borak dan tegur-tegur salam-salam cium pipi tanya khabar. Normal la gegirl kan. Kak Yaya still kerja kat RWNA Engineering rupanya. Dia pun datang situ untuk breakfast.

Semua ambil makanan dan makannnnnnnnnnnnn.....

Time nak bayar pulak, Fairuz a.k.a Macha pun nak bayar. Tapi cashier cakap kakak baju biru dah bayar. Kami semua pelik. Fairuz lagi pelik so tanay kitaorang, kena bayar kat kakak baju biru mane?

Rupa-rupanya, kakak berbaju biru adalah Kak Yaya. Thats mean Kak Yaya dah belanja kami satu meja. Diorang apa lagi suruh aku kejar Kak Yaya yang dah masuk kereta untuk say 'Thank you'. Kalut jap aku. Sempat jugak say thanks. Alhamdulillah murah rezeki kami pagi tu. Aku doakan Kak Yaya murah rezeki dan dilindungi Allah selalu. Sungguh tak sangka sebab aku kenal Kak Yaya gitu-gitu je.Tak rapat sangat, kenal secara kebetulan sebab coursemate, Nadz sebilik dengan dia.

Perjalanan diteruskan lagi dengan masing-masing perut kenyang sampai la kat Kemaman. Apa yang berlaku di Kemaman???Btw, Kemaman adalah hometown aku.


Nak tahu? 

Akan bersambung pada episod akan datang....... :')

2012-03-02

Motivate yourself??

Lately, I'm in a bad condition. No mood to do exp, no mood to study....Huhu. I have no motivation to do everything. Poor me!

I have no idea to be motivated. Stop it!

It's a bad thing when I thought about my research study, my life, my future and so on. Not just bad mood in doing anythings but I also do not excite to reply my fh's messages,call etc. Feeling so bored!

Even to make it worse, my project's sv,(Dr Justin) came to lab everyday to do spotcheck. Ooo Ya Allah.
Help me.

Tonight, I still cant recover myself...until I google it with "what should i do if no motivation".

Thank google coz u help me a lot. I found a web which entitled as pickthebrain.com telling about HOW TO MOTIVATE YOURSELF.

It said that;

Reasons We Lose Motivation

There are 3 primary reasons we lose motivation.
  1. Lack of confidence – If you don’t believe you can succeed, what’s the point in trying?
  2. Lack of focus – If you don’t know what you want, do you really want anything?
  3. Lack of direction – If you don’t know what to do, how can you be motivated to do it?
ok guys. just read yourself. the link is:

I'm still reading.BYE2

:)
cheers!