kumpul duit...sila klik!

2012-01-26

Recap :)

Kadang-kadang ingat, kadang-kadang lupa. Memang lumrah sebagai manusia.

Hari ni Kak Sha ajak pergi usrah dengan group staf. Tapi tak tahun kenapa saya rasa malas sangat. Saya tak dapat ikhlaskan hati untuk hari ni. Pastu, saya hantar mesej pada Kak Sha beritahu saya tak dapat pergi. dalam mesej tu, saya tak minta maaf pun sebab hati saya kata ' ko patut minta maaf pada Allah, bukan pada Kak Sha'.

Petang khamis ada pasar malam, tapi saya boleh pulak pergi. Walaupun sama, kena bersiap pakai pakaian tutup aurat bla2.

Sudahnya malam jumaat. Sebab ABC, saya tak dapat baca Quran. Jadi saya buka youtube. Rasa bersalah pada Allah masih ada dalam diri. Allah bagi rezeki saya dapat berjalan pergi beli pasar malam, beli makanan. Kalau Allah ambik nyawa saya tadi??Agaknya macammana keadaan saya dalam alam kubur?? Saya tak ada anak soleh dan solehah yang boleh mendoakan saya.HUHUHU

Bila buka youtube, saya cari ceramah agama. Alasan: Cover rasa bersalah sebab tak pergi usrah. Saya pun layan ceramah UAI. Alhamdulillah, banyak ilmu yang saya dapat. Terutama sekali tentang aurat wanita.

Lepas tu, saya buka balik blog2 lama yang saya tak buka macam blog Ustaz Hasrizal, Prof Kamil dll. Mood sekarang dalam proses untuk melangkah ke dunia baru, jadi saya selalu cari ilmu untuk mengharungi dunia baru tu. Ya Allah, semoga dipermudahkan. Ameen.

:)

By the way, baik saya share yang bermanfaat. InsyaAllah.

Copypaste from satu Blog:


10 sifat calon suami yang baik:
  1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
  2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
  4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
  7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
  8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
  9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
  10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
Wallahu a’lam.
Semoga bermanfaat. :)
p/s: Proposal defend just around the corner tapi mood still xde.Macamane???


2 comments: