kumpul duit...sila klik!

2011-06-01

My Father My Hero

Tajuk je dlm English tp sy lg prefer guna bahasa ibunda berloghat Terengganu sikit untuk entri ni. Kisah ‘my father my hero’ ni berlaku semasa kat darat Gong Bayas. Gong Bayas ni kebun kami sekeluarga tanam macam2, Gong Bayas ni tanah kerajaan yang diterokai untuk aktiviti pertanian berkelompok khas kepada penduduk Kg Batu 4 yang 50% petani. Di suatu petang yang damai, kami pergi ke kebun cam biasa selepas solat asar. Sebelum pergi tu saya macam tak sedap hati je sebab saya macam dapat rasa yang saya akan berjumpa dengan makhluk Allah yang paling saya alergi iaitu ULAR. Tapi pergi kebun ni kan best, jadi saya pergi jugak. Time tu kami, adik beradik ditugaskan mengutip hasil sayur kacang panjang. Dengan perasaan takut tadi, saya memang ala2 cuak nak kutip kacang. Tau2 jela pokok kacang panjang yang menjalar n berbelit macam ular tu. Tanaman kacang panjang tu lebih kurang 20 baris jadi sekali kutip, kena ambil kiri kanan. Saya memang lembab hal kutip kacang ni coz Allah bagi sedikit kekurangan kat bahagian tangan saya especially jari. So memang terkial2 la kutipnya tambah perasaan takutkan ular. Ni cerita pasal hero ke cerita pasal takut??)

Bila dah masuk baris ke 3, saya sedapkan hati. Doa dalam hati hope sangat tak jumpa ular. Unfortunately, saya dah sentuh pun. Seriously, tak perasan langsung tu ular coz ular tu camouflage dengan pokok kacang n warna hijau. Saya pun apa lagi terus berganjak 1 meter n jerit, “ada ular!”. Kakak n adik saya tengok kejap kat saya pastu sambung balik kutip kacang. Hampeh je! My hero pun datang.HEHE. Bak datang dari baris mane entah, terus mengambil sebatang kayu dan membelasah ular tu sehingga K.O. Saya time tu sangat trauma then tertoleh2 lg kt bangkai ular tu. (padahal anak ular je pun). Tau lepas bak tengok saya, bak buat apa? Bak angkat ular tu dengan kayu n tohÕk(throw up) sekuat hati sampai ke kebun Pok Wey. Bak pun kata,”takdok doh ulor tu”. Saya pun sambung kutip kacang sampai hujung baris.

Saya takut ular. Dulu masa akhir 80-an n awal 90-an, keluarga saya takde jiran. Masa tu, kat depan rumah kami ada padang bola n kebun sayur orang kampung yang lain je. Kami adik beradik tension je bila kena buat karangan bertajuk ‘ Jiran Saya’ time belajar kt sekolah rendah. Tapi disebabkan time tu, bangunan rumah Ayah De saya dah ada sebelah kanan rumah kami so kami semua memang ambil watak Ayah De sekeluarga la sebagai jiran. Haha. Ayah De sekeluarga secara rasmi & faktanya jadi jiran saya pada tahun 1998. Berbalik pada cerita hero, masa kami adik beradik main pondok2 kat halaman rumah tiba2 abang saya ternampak seekor ular turun dari pokok cempedak. Ular tu bersaiz lengan gadis berusia 24 tahun (saiz lengan saya sekarang la =p) so menakutkan la. Kami terus report pada bak. Dengan ke’hero’annya, bak terus mengambil kayu yang berpaku (entah dapat dari mana) dan membelasah ular tu sehingga mati. Saya tak ingat sangat camna kisah ular tu mati, yang pasti memang MATI. Bak pun buang kt semak area padang bola.

Ada lagi cerita hero tapi saya rasa cerita pasal kegigihan bak lagi banyak.
Next time I’ll continue,ok!

No comments:

Post a Comment