kumpul duit...sila klik!

2011-03-21

E.M.O.S.I

Apa itu emosi?
picture from: arninas.blogspot.com
Saya pun tak pasti maksud sebenar emosi. Cuma yang saya tahu, emosi adalah satu perasaan yang muncul dalam diri seseorang yang bergelar manusia. Berpandukan Kamus Pelajar edisi Kedua, emosi bermaksud “1. perasaan jiwa (batin) yg kuat spt sedih, marah dll. 2. keadaan perasan atau fikiran yg terangsang dan melibatkan perubahan psikologi dan fisiologi pd seseorang.”  Kamus Dewan edisi Keempat menafsirkan, emosi adalah “perasaan jiwa yg kuat, spt sedih, gembira, takut, dll.” Ramai orang cakap, emosi seorang wanita selalu tak stabil dan oleh sebab itulah wanita dikatakan akan membuat keputusan berdasarkan emosi. Habis tu, lelaki tak emosi ke?? Lelaki pun beremosi juga sebab semua orang ada emosi masing-masing. Cuma apabila membuat keputusan, lelaki lebih rasional dalam semua segi.

Wanita dan emosi….Boleh ke dipisahkan?

picture from: inspirasijiwa.com
Emosi yang tidak stabil kadang-kadang melanda wanita terutama ketika mereka mengalami menstruasi(period). Ini terjadi apabila berlaku perubahan hormon pada diri wanita. Pada waktu pra-menstruasi pula, wanita boleh menjadi murung atau menitiskan air mata tanpa sebab. Secara semulajadinya, wanita memang dikurniakan emosi yang sedikit lebih berbanding lelaki untuk menjadikan wanita itu sendiri sifat belas dan penyayang untuk menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu khususnya.

Apa yang perlu dilakukan bila beremosi?

Diri sendiri-Jangan terlalu mengikut perasaan sehingga tindak-tanduk kita mempengaruhi atau menyusahkan orang lain. Tonjolkan bahawa kita masih boleh bekerja atau menjalani kehidupan seperti biasa walaupun kita dilanda emosi yang tidak stabil.

Orang lain- Bersabar dan memahami. Bersabar itu separuh daripada iman. Dan mungkin apabila kita bukan seorang yang sabar, kita boleh menolong orang yang sedang beremosi seperti tidak membuat perkara yang boleh menambahburukkan lagi keaadan.

Wah! Senangnya cakap dan bagi nasihat? Saya sendiri bagaimana…..Merasakan sangat tidak wajar (rasa macam nak lempang pun ada juga)apabila keaadan ini berlaku. Contoh:

A: Kau nak pergi tak program(program berbayar) tu?(dengan nada bertanya)
B: Tak nak aku. Buat bazir duit je.(dengan nada tinggi seolah-olah sedang marah)
A: … (senyap tidak terkata, sabar atau mengutuk dalam hati??)

Memaafkan kesilapan manusia terhadap kita, dengan harapan Allah swt memaafkan kita atas segala dosa yang dilakukan.

Moral:
picture from: muslimahfathina.co.cc

 Hargai dan layani semua orang disekeliling anda dengan baik. Jangan sampai kita menyedarinya setelah kita kehilangannya.
Semua orang mempunyai emosi. Fikir dahulu sebelum mengambil tindakan. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Seek first to understand, then to be understood. (Ust Hasrizal at www.saifulislam.com)

Wallahua’lam. Semoga Allah swt sentiasa mengurniakan kebaikan.Ameen.

1 comment:

  1. Katanya Datuk Dr Fadzilah Kamsah kat Riuh Pagi di Era....."Selalu memaafkan semua orang setiap hari supaya cepat dapat jodoh...".hehehe.

    ReplyDelete