kawan yang baik itu bagaimana?
atau
kawan yang jahat itu bagaimana?
mungkin...
boleh dilihat dengan mata kasar?
atau
perlu dengan mata hati?
maaf kawan...
kalau aku sering mencipta kebosanan
maaf kawan...
kalau aku sering berkata dusta
maaf kawan...
kerana mungkin aku memang tidak pandai berterima kasih
kawan itu...mesti bagaimana?
kawan yang jujur berkata-kata hingga kita menitiskan air mata
atau
kawan yang pandai bermadah kata?
hingga kita..
tersenyum terlupa silap dan kekurangan diri
bangga menongkat langit lupa pada bumi
kawan itu sebenarnya bagaimana?
seperti mawar yang cantik dan wangi tetapi berduri
atau
seperti batu karang?
yang cantik di dasar lautan penuh misteri
kawan itu mungkin tidak?
ingatkan aku pada mati
ingatkan aku pada hidup
yang semuanya cuma sementara
bahagiakah?punya kawan...
cuma untuk kita jaga hati
agar diri tidak sendiri?
sebenarnya bagaimana?
atau sememangnya kawan itu sendiri..
suatu misteri??
sekali lagi kawan..
maaf
kerana aku sendiri tidak seperti yang diharapkan
maaf
kerana aku cuba segala yang terbaik
No comments:
Post a Comment