Yang garang itu sebenarnya bak saya, yang baik hati pulak mestilah ma saya. Sebenarnya bak tak lah garang sangat. Garang2 comel je. Saya pun tak tahu kenapa saya cakap macam tu sebab kalau jadi ayah memang kena garang kan. Lebih2 lagi kalau anak2 nakal dan banyak ragam semuanya. Pastu mak pulak mesti kena baik hati sebab semua mak biasanya ada sifat keibuan.Haha. Cari lagi apa bukti bak garang tapi ingat 2 kes ni je. Garang ke kalau situasi gini?
1) Saya masa tu darjah 4. Saya rasa guru kelas saya garang sangat time tu. Nama dia Cikgu Roslina Aziz(kalau tak silapla,lupa dah). Saya bukanlah student yang pandai sgt tp nak kate bodoh tu lg la x. Of cos la saya rajin jgk g sekolah tapi ada 1 hari tu, saya malas then saya ponteng. Lebih kurang pukul 10 pg, bak balik dari pasar. Masa tu bak sihat n muda lg…umur 51 tahun. Cmne bak leh tau saya xg sekolah,saya pun xtau. Yang bestnye, saya pura2 tido dalam bilik. Pastu kena libas dgn tali pinggang dgn bak kt betis. Sungguh sakit n buat saya insaf.
2) Cuti semester mesti balik rumah. Suatu petang, bak ajak g darat. Ma, Nua, Da n saya ikut. Malangnya saya kena drive (masa tu xde lesen lagi). Darat kt kampung kubang pangang. Masa on the way pergi ok je pemanduan saya, tapi masa balik kena reverse. So, kena reverse jauh sikit la cos saya kn amatur. Terpaksa masuk kebun sawit cina Ah Hin. Saya tak pandai reverse, sangat xconfident. Masa tu dah maghrib, bak pun mula ajar dalam marah2. Rasa nak nangis time tu…seriously! Then saya mengalah. Saya turun dari kereta, saya cakap “Da, bawak kereta sekarang”. Da pun reverse dengan baiknya then drive sampai ke rumah. Saya senyap je sepanjang malam tu. Esok kot baru ok. Bak nk pujuk?Terima kasih jela.
Kisah baik hati ma. Ma seorang yang pendiam. Kekadang saya pun tak pasti nk describe cmne. Ma bukan pemarah apalagi membebel. Ma jenis yang cool n steady. Sometimes, ma sensitif jugak. Sikap ma yang terbaik adalah seorang wartawan yang berkaliber. Every single story yang dicerita oleh kami adik beradik akan sampai pada bak. Biasanya xmiss pun, maybe ma & bak memang ‘tiada rahsia’ antara mereka. Tapi tu la, semua kalau pasal meeting PIBG, duit yuran, duit nk beli buku…semua minta pada ma. Padahal esok pagi, bak yang kasi. Biasa kena jawab dulu satu dua soalan dari bak. Ma tak pernah abai tanggungjawab jadi ibu. Ma selalu masak untuk kami sekeluarga. Kami jarang sangat keluar makan. Kalau riadah pun, piknik kt darat je. Darat tu nama Bukit Tepati. Mesti bawa bekalan makanan. Bukan piknik pun sebab pergi sana kutip lada hitam. Ma selalu jadi assistant paada bak. Bak g darat, ma kt rumah uruskan rumahtangga. Bagi saya, masakan ma sangat sedap. Jahatnya saya, saya selalu n akan komen masakan makcik2 saya sebab saya rasa macam tak sedap sangat berbanding masakan ma. Dulu, masa kami kecil lagi, ma yang jahit baju tapi sejak kak jah jadi tukang jahit, ma dah xjahit n care hal ehwal pakaian kami lagi. Kami semua ma yang ajar mengaji sebab semua adik beradik takut nak mengaji dengan bak. Bak bekeng sangat, salah sebut 1 huruf kena tengking sampai rasa nak terkencing. Ada kot antara kami yang terkencing belajar mengaji dengan bak.HAHA. Tapi bukan saya la…saya siap khatam mengaji dengan bak.
Footnote:
Bak adalah arwah ayah. Ma adalah mak saya.
Da adalah adik perempuan saya, anak ke 11 dalam keluarga. Kak Jah adalah kakak ke2.
Ah Hin tu saya xtau nama sebenar. Ah Hin ni kawan bak. Dia selalu bagi limau n kuih time CNY.
Darat nama lainnya adalah kebun. Bahasa pasar dalam keluarga.