kumpul duit...sila klik!

2013-01-28

unidentified feeling

last week, the whole week actually from monday till friday, i went to bandung. to do some shoppings, eye-seeing etc.

will story about that later. right now, i have unidentified feeling. already have high spirit to do my experiment.not! to continue my experiment but time seems goes wrong.


lastly, i end it with conteng2 here without any justifications.huhu


sad of me. already revamped my extended abstract to be submitted to a potential published journal.

wish me luck n lucky n luckily.

^^humbleofme.thankyou^^

daiazali

2013-01-04

kubis goreng kunyit

kubis goreng kunyit?

yelah. ingat ayam je ke boleh goreng kunyit. arini malas sikit nak buat apa-apa. sibuk duk writing progress report je.

sambil-sambil tu sempat lagi layan Adam & Hawa episod 75. oh really? tinggal 5 episod je lagi.

eh, lupa. tadi nak cerita pasal kubis kan?
kubis goreng kunyit yang simple sangat.

1. potong kubis comel-comel.
2. potong bawang 2 biji.
3. potong cili 1/2 biji
4. serbuk kunyit secuka hati
5. minyak untuk tumis

cara-cara?

tumis, masukkan sayur & kacau-kacau. letak kunyit, garam dah masak. angkat.

SIAP!

arini takde gambar sebab takde mood. nape takde mood?

#bilaorangemonbadmoodwithoutanyconcrete


^^daia

2013-01-03

timun masak lemak with love

arini menu masakan adalah timun batang masak lemak. aku panggil timun yang hijau tu timun batang sebab kalau tembikai aku panggil timun cina. simple je cara nak buat, campak2 terus jadi lauk.

bahan yang diperlukan mudah je:

#timun dipotong2
#bawang merah 2 biji
#bawang putih 2 ulas
#sedikit ikan bilis atau ikan masin
#santan
#minyak untuk menumis

step dia mudah je. tumis bawang merah & bawang putih yang dah dimayang halus.

masukkan ikan bilis. sebenarnya aku cari-cari ikan bilis tak jumpa so aku tibai je masuk ikan masin. tak kisahla asalkan ada ikan sikit untuk bagi rasa.

masukkan sedikit air, sikit je just taknak bagi bawang hangus sangat. pastu masukkan timun.

masukkan santan. ala2 sepadan dengan timun tu sebab nanti timun masak kuah akan jadi cun-cun. santan pulak, sederhana je. kalau cair tak sedap, kalau pekat sangat pun muak pulak. aku just guna santan serbuk, so suka-suka hati je bancuh. siap bancuh dengan air panas lagi. dan disebabkan serbuk santan biasa sikit sangat, aku siap tambah serbuk santan yang ada perisa pandan. nak buat macammana dah hidup orang bujang. mana yang ada, tu lah yang jadi lauk. tapi tak kisahla asalkan jadi.

masa nak tunggu kuah lemak ni menggelegak, harusla kacau-kacau supaya tak pecah minyak. ala yang jadi biji-biji berkumpul kat atas tu & kuah pun jadi cair leleh je. so kita kena buat 'senduk-curah-senduk-curah' dalam periuk tu untuk make sure tak pecah minyak. faham ke style aku?

dah menggelegak, letak la banyak garam ikut suka. aku buat masin sikit, alahai kata dah nak kahwin. garam memang asyik terlebih aje.

dah masak pun timun lemak aku, baru terjumpa ikan bilis. apalagi, ambil lah sikit buat pemanis rasa. aku dan ikan bilis memang tak dapat dipisahkan.

masak sikit & dah siap. boleh terus makan.
_________________________________________________________________

bila masak timun lemak ni haruslah makan dengan ikan kering.

so bahan-bahan dia:

#ikan kering (aku suka ikan gelama, kalau suka ikan senohong ke ikan duri ke buatlah ikan kering sendiri)
#sedikit tepung gandum
#minyak la untuk goreng

ikan kering kan masin pastu keras pulak. so untuk mudahkan, rendam ikan kering tu sekejap supaya masin dia berkurang dan mudah untuk kita bersihkan.

toskan ikan pastu, salutkan dengan tepung gandum tadi sebelum menggoreng.

aku suka ikan kering goreng garing, macam mak aku pulak suka yang lembut-lembut gitu. terpulangla pada kesukaan masing-masing.

siap!

#tadda. haruslah tayang gambar sekeping bukti timun masak lemak menjadi.hahaha

#sajikan dengan nasi panas...memang syok habis!
inilah lauk ala-ala terengganu.

selamat mencuba :)

^^daiamasaksukasukahati

2013-01-01

wishing a HNY

HNY~ happy new year 2013

selamat tahun baru 2013 kepada semua orang. macam-macam yang berlaku di tahun 2012. mana yang baik tu dikenang, yang tak berapa baik tu disimpan. yela untuk dijadikan kenangan & teladan.

seperti biasa, azam tahun baru masihi kali ni ada 3 je. je tu yang tak tahan.

1: menghabiskan master yang semakin menghimpit DUE DATE

2: menjadi isteri solehah kepada seorang SUAMI

3: menunaikan UMRAH bersama ibu tercinta

hehe. eh, ada 1 lagi.

4: mendapatkan sebuah kereta untuk diri sendiri

sebenarnya azam no.2 tu dah lama due date nya tapi aku asyik renew je. [macam desperate je nak kahwin] tapi sebenarnya aku nak kahwin sebab aku nak menaikkan darjat aku disisi Allah. aduh, ayat macam sasterawan pulak. bukan apa, aku tengok most of them (kawan-kawan) aku yang dah kahwin ni, hidup diorang lebih bermotivasi, bermatlamat & ada hala tuju yang jelas. so haruslah aku jealous dengan mereka. lagipun, bukan ke ibadat harian orang yang kahwin ni pahalanya berganda2 lagi disisi Allah. tambah pulak, kalau umur sekarang dah lewat, macammana pulak aku nak mendapatkan anak yang ramai & damai? ye dop?

dah-dahla melalut. semoga Allah memberkati hidup & redha. matlamat hidup kan mencari & mendapatkan redha Allah.

# aku rasa tajuk kat atas tu lagi sesuai kalau aku tulis "wishing to be a WIFE" kan. ye ke tidak???


^^daiayangalwayscomel^^