kumpul duit...sila klik!

2012-04-23

3 Sumber NUR

Copycat from Berita Harian ruangan AGAMA :)




Agama







Al-Quran, solat, ingat mati pancar cahaya menyinari hati

2012/04/23


CAHAYA yang menyinari hati bersumber pada tiga pancaran, iaitu cahaya al-Quran, sembahyang dan mengingati mati. 



Al-Imam Al-Ghazali berkata: “Carilah hatimu di tiga tempat. Pertama ketika membaca al-Quran, kedua ketika sembahyang dan ketiga ketika engkau mengingati mati. Jika pada tiga tempat itu kamu tidak menemukan hatimu maka pohonkanlah kepada Allah agar Ia memberimu hati kerana sesungguhnya kamu ketika itu tidak memiliki hati.”


Kejayaan seseorang bergantung pada usahanya mengenal Allah, dan tiada jalan yang paling dekat untuk mengenal Allah selain mempelajari al-Quran. Dunia hanya boleh direbut dengan kekuatan dari Allah, tanpa bergantung kepada-Nya manusia tidak akan mendapat apa yang diimpikan.


Kejayaan ialah sejauh mana seseorang mengikat dirinya dengan Allah Taala dengan ikatan yang kuat. Maka al-Quran yang menjadi ikatan antara hamba dengan Allah Taala. Melaluinya seseorang pandai memilih yang hak dari yang batil, dia mengetahui jalan terang dan mengikuti petunjuk al-Quran. 



Meneroka dunia dan mengurus diri dan masyarakatnya melalui bimbingan wahyu. Dia lahir menjadi manusia yang jujur, kuat bekerja dan memiliki misi jelas dalam hidupnya kerana diniatkan segala pekerjaan itu sebagai ibadah kepada Allah. 



Siapa yang bergantung kepada selain Allah dia tidak akan mendapat faedah dari pergantungannya itu. Ibnu al-Qayyim berkata: “Ketika manusia bergantung kepada dunia, gantungkanlah dirimu hanya kepada Allah. Ketika manusia bergembira kerana dunia, jadikanlah dirimu bergembira kerana Allah. Ketika manusia mencari bahagia dengan kekasih-kekasih mereka, carilah bahagia dengan mencintai Allah dan ketika manusia pergi menghadap raja-raja dan pembesar mereka pergilah menuntut hajatmu hanya kepada Allah.” 



Sesungguhnya ibadah yang menghampirkan manusia dekat kepada Allah adalah sujud, permintaan yang tidak akan ditolak adalah doa yang ikhlas dan proses pembersihan dosa yang dilakukan terus-menerus adalah sembahyang. 

Sembahyang adalah sumber tenaga yang diperlukan untuk menghadapi perjalanan hidup yang mencabar. Sembahyang yang berkualiti boleh melahirkan jiwa yang reda sekali gus kuat berikhtiar semata-mata mahu berlumba melakukan amal saleh dan membina kehidupan di dunia. 



Antara tanda kebijaksanaan orang mukmin ialah pandai merancang masa depan. Bukan hanya pandai melipatgandakan harta dan membina istana tetapi jauh pandangannya hingga menembusi alam akhirat. 



Pernahkah anda merancang bagaimana menghabiskan masa muda dan melewati masa tua dengan ketinggian ilmu dan persediaan amal, akhirnya merancang untuk mati dengan tenang? Mengingati mati boleh menghidupkan hati, menyuntik semangat untuk beramal lebih baik dari kelmarin, menumbuhkan rasa takut dan harap kepada Allah seterusnya menggugah hati sentiasa bertaubat. 



Jika ramai manusia berlumba-lumba menghadiri pesta keriangan, memenuhi pasar dan mengunjungi tempat peranginan indah, tidak salah jika kita menjadikan ziarah kubur sebagai aktiviti rutin yang boleh mengingatkan diri kepada kematian seperti Rasulullah SAW yang melazimi ziarah kubur dan mendoakan kaum muslimin tidak kira siang ataupun malam hari. 



Dengan membaca Al-Quran, solat dan mengingati mati seorang mukmin telah melakukan penjagaan yang rapi terhadap hatinya. Bagaimanakah pula keadaan orang yang tidak memiliki ketiga-tiga cahaya hati ini? Mesti hidupnya hampa, jika kaya pasti merana, miskin pula terseksa, jika jahil tersesat, kalau alim ilmunya pula tidak bermanfaat.

2012-04-20

rasa best

salam :)

setelah beberapa kurun tak update, tetiba rasa mahu berkongsi satu rahsia. actually bukan rahsia pun. alkisah semalam ada tolong sv sikit buat kerja. kesian dia.

sekarang ni, kami dah takde grant untuk research sebab semua sudah abis digunakan walaupun guna dengan penuh berhemah.

semalam call sv. seperti biasa, soalan aku mesti gini.

me: hello! dr, u kat mane? busy ke?
dr: yup.i kat bilik. (memang takpenah jawab soalan aku tentang busy tu)
me: sy ingat nak jumpa dr la. petang ni boleh?
dr: i ade kelas la ptg ni.
me: okla, nt sy cari masa lain. bye2
dr: ok bye! (style dia)

lepas 3 minit, Lia call ajak jumpa sv. sebab dia kebetulan kat fakulti balik dari kompleks sukan. saya pun setuju jela. bawak buku log n pen je.menonong je pergi jumpa sv.

rupa2nya sv saya busy yang teramat. dia siapkan application grant baru.banyak kot, jv dengan macam varsiti kat Malaysia nih. dia asyik balik pukul 2pagi je dari last week.

sv saya comel n dia ego sikit, susah benar nak minta tolong dengan kitaorang walaupun banyak kerja. lagi satu, tak pernah ada chance nak belanja dia. dia selalu je mintak belanja, pastu nt jadi dia yang belanja. ego taknak orang bayarkan makan dia. selalu gitu. :'(

after kitaorang tawarkan pertolongan, dia pun bagi lah kerja sikit sebab dah tak larat sangat kot. busy dengan kelas la,bla2 lagi.

sy sebenarnya bukan hebat benar untuk karang ayat2 bombastik untuk proposal, apatah lagi untuk mohon grant. risau jugak sebenarnya, tapi sebab kasih & sayang sangat kat sv kerana Allah Taala so try lah tolong yang termampu. buat dari pukul 3 sampai 6ptg. actually, taksiap lagi tapi sy dah tepu takleh nak fikir. so hantar je kt dia melalui email sebab dia nak ptg tu jugak. siap cakap:

Dr,

to be continue. 

p/s: okeh! tau silap.sepatutnya [to be continued]

malam tadi bukak email. nampak ada email balas dari sv. berbunga hati kejap.

ayat penghargaan yang boleh beli jiwa.
superstar???believe it or not?

rasa semangat terus nak cepat siapkan experiment n takmau main2 lagi.

Ameen.semoga sy jadi superstar!


p/s:
dayah! ko poyo sangat sebab benda kecik ni pun nak jadikan entri.
saya tak poyo tapi charming je :)


2012-04-04

kata dia vs kata saya

Sekadar perkongsian :)

kata dia pertama:

sibuk sampai tak ingat nak SMS dia.

kata dia kedua:

'online' pun tak chatting juga. [sampai hati]

kata dia ketiga:

beritahu, saya marah tetapi itulah kenyataan. rasa renggang!

kata dia keempat:

saya berbeza dari tahun 2009,2010,2011 dan sekarang 2012.

kata dia kelima:

saya seperti mahu jauh daripada dia?


kata saya pula??

kata saya:

jangan fikir atau rasa bukan-bukan. saya setia menunggu dia pulang.


im myhead:
"kadang-kadang kata-kata tak perlu dilafaz atau dicatat, cukup hanya kita berdua tahu dan jaga apa yang kita perlu"


Allah lebih mengetahui segalanya.