kumpul duit...sila klik!

2011-05-28

Hikmah Cermat

Saya tak suka orang cermat-cerewet, apatah lagi cermat duit. Biasalah orang tua-tua cermat duit. Tapi saya tak kisah pun sebab harta dia so biarla. Mungkin tu penat lelah dia berusaha untuk kumpul harta so dia berhak la jadi cermat duit. No offense sebab saya taknak burukkan orang atau burukkan keadaan. Cerita pasal cermat duit tu mukadimah je. 180 darjah berbeza, bak saya pulak sebaliknya. Pasal duit saya rasa bak tak berkira sangat dengan anak2. Mungkin dibesarkan dengan pengalaman yang tak berapa best, bak selalu bagi duit kat anak dia. Takde la bagi macam air mengalir dari paip. Berpada-pada okey.

Kami adik beradik berjumlah 13 orang ni semua pernah jadi petani. Kalau ada yang tak mengaku memang tipu, seriously. Sejak sekolah rendah kot g kebun. Semua kena pergi kebun sebab kalau tak tolong bak g kebun, siapa nak tolong bak wat kebun. Tapi pergi buat kerja yang simple je macam tanam pokok, semai biji benih, siram n kutip buah. Buah n sayur yang pernah ditanam: tene (petola), terung pipit, terung panjang n terung bulat, lada besar, kacang panjang n kacang botol, timun cina n timun batang, kangkung, limau nipis, duku, durian, rambutan, dokon, mempelam, pokok2 ulam.

Biasanya kami akan pergi ke kebun pada waktu petang. Kalau weekend, pergi pagi la. Selalu jugak malas n merungut tapi itulah the way of life time tu. Sekarang ni bila terkenang2 rasa rindu sangat. Bak tak pernah tak bagi upah kalau tolong dia kat kebun. Seorang bak bagi range RM2-10 sehari ikut kepada umur n kerja yang dibuat. Dulu masa saya darjah 2, saya dapat upah RM2/day sebab tolong isi dalam plastik n angkut. Masa sekolah menengah/university dapat RM10/day sebab tolong kutip buah lada besar. Luas kebun lada time tu adalah dalam ½ ekar. Kami pergi 6 orang camtu. Masa tu sehari kutip dapat lebih kurang 100kg lada. Sekilo harga tak tentu, time tu RM6/kg. So dapatla RM600 sehari. Kaya sekejap.

Saya duk hostel sebab saya nak duk hostel, padahal bas dari sekolah ke rumah ade 3 buah. Bas Sekolah Pok Awi yang saya naik  sebelum duk hostel, Bas Pok Din n Bas MHI. Rumah pun lebih kurang 4 batu je dari sekolah tapi sebab bilangan adik beradik yang 13 tu kot faktor saya dapat duk hostel sampai form 5. Masa form 2, asrama buat lawatan ke UTM & Cameron Highland. Almost student dapat pergi termasuk saya. Saya keluarkan duit biasiswa untuk belanja pergi sana. Dari form 1-5 saya dapat Biasiswa Kecil Persekutuan(BKP) RM600 annually. Tapi hari nak pergi tu duit saya tinggal RM50 je. Saya telefon rumah 2-3 kali petang tu sebab nak cakap dengan ma pastu cerita duit tinggal sikit je.HAHA. Malam tu, bak datang dengan adik saya bagi duit RM50 siap pesanan ‘jangan boros sangat belanja’. Saya tak beli apa pun selain strawberi (manis tapi jadi masam sebab perubahan suhu) untuk bawak balik ke rumah. Masa lawatan pengawas ke UKM n Putrajaya tahun 2004 (masa saya form 5), baru saya belikan pasu n labu sayong untuk ma & sehelai kemeja untuk bak.

Masa saya dapat sambung belajar ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS), bak bagi saya duit. Saya ingat pergi Bank Simpanan Nasional, bak keluarkan RM2k. Bak bagi kat saya RM1k untuk bayar yuran RM570 pastu balance duit untuk belanja. RM1k lagi bak punya la. Saya hidup kat KMNS dengan duit tu + duit dari Yayasan Terengganu RM500 + elaun dari Bahagian Matrikulasi RM1k/sem + balance duit BKP. Yang pasti masa sem 2 (last sem), duit saya short maybe sebab boros sangat bila pergi Seremban. Time tu Kak Jah bank in RM200 n Kak Za bank in RM200. Okla bila saya berjaya habiskan program tu dengan PNGK 3 something.

Sekarang, saya dah bekerja dengan gaji ok jugak boleh hidup tapi sebab hidup asyik boros duit kadang2 short jugak so duit untuk ma kadang2 banyak kekadang sikit. Yang penting, jangan lupa mak ayah kita n terima diri mereka dengan hati yang terbuka. Duit walau berjuta pun tak mampu balas jasa mereka lahirkan & besarkan kita di dunia ni. Kekadang bukan duit yang mereka inginkan namun kasih-sayang, ingatan & doa kita yang lebih mereka perlukan. Memetik kata-kata bak, ‘selalu la sedekah bacaan yaasin & doa untuk bak. Sedekah & doa ni bukan nak tunggu bila bak dah takde baru nak buat. Masa bak masih hidup ni pun boleh buat’. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa ma & arwah bak dan mengasihani mereka berdua sebagaimana mereka mengasihani n menyayangi saya semasa saya kecil hingga dewasa. Ameen Ya Rabbal Alamin.

Footnote:
Kak Za adalah kakak ke4,merupakan anak ke6. Digelar ‘anak emas bak’ walaupun 100% berfenotip Ma. Merupakan seorang guru biologi.